top of page
Writer's pictureBait Al-Amanah

Parlimen Perlu Bersidang Segera, Bukan September mahupun Oktober – Kenyataan Bersama Seed Comm

Versi Bahasa Malaysia

Kami selaku kumpulan masyarakat madani yang menandatangani kenyataan ini, ingin merafakkan setinggi-tinggi penghargaan dan sokongan atas saranan dan kecaknaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan DYMM Raja-Raja akan keperluan mendesak Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang segera sebagai wasilah yang absah untuk menangani pandemik COVID-19 yang menghenyak keadaan ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

Kami mendesak semua pihak, terutama pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melakukan apa yang diperlukan untuk memulihkan demokrasi berparlimen supaya kestabilan politik dan ekonomi yang sangat diperlukan dalam masa terdekat bagi menangani pergelutan pemulihan ekonomi negara.

Pendirian penuh kami adalah seperti berikut:

1. Pendapat dan nasihat YDPA dan Raja-Raja Pemerintah adalah jelas. Parlimen harus bersidang dengan segera – bukan pada bulan September; bukan juga setelah tamatnya tempoh Darurat pada 1 Ogos, bahkan segera.

2. Apabila pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara (AG) menasihati YDPA mengenai kononnya perlunya menguatkuasakan Proklamasi Darurat dan menggantung Parlimen sekurang-kurangnya sehingga 1 Ogos, mereka sepatutnya sedar dan sewajarnya memberi nasihat kepada YDPA bahawa dengan berbuat demikian, mereka akan meletakkan YDPA dalam keadaan sukar iaitu melakukan tindakan yang berpotensi bertentangan dengan Perkara 55 (1) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 55 (1) memperuntukkan satu kewajiban perlembagaan secara langsung kepada Raja Berperlembagaan untuk tidak membiarkan enam bulan berlalu antara sidang terakhir Parlimen dalam satu penggal dan tarikh yang ditetapkan untuk pertemuan pertamanya pada penggal berikutnya – suatu tanggungjawab yang mana YDPA hanya dapat bertindak setelah Perdana Menteri memulakan langkah menetapkan tarikh untuk persidangan. Walaupun Proklamasi Darurat diisytiharkan di bawah kekuasaan YDPA di bawah Perkara 150 Perlembagaan, namun tempoh Proklamasi Darurat bererti bahawa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan YDPA dalam keadaan yang sukar yang tidak mampu memenuhi tanggungjawab perlembagaan di bawah Perkara 55(1).

3. Memandangkan potensi konflik perlembagaan di mana institusi Raja Berperlembagaan telah dilibatkan, tugas dan tanggungjawab Tan Sri Muhyiddin dan AG kepada YDPA adalah untuk memastikan bahawa penggantungan Parlimen dan Darurat ditarik balik dalam masa terdekat sebaik sahaja ianya menjadi jelas bahawa langkah ini sama sekali tidak perlu untuk menangani pandemik COVID-19.

4. Namun, perkembangan baru-baru ini dengan jelas membuktikan bahawa penguatkuasaan Proklamasi Darurat tidak membuahkan hasil untuk membendung peningkatan jumlah jangkitan COVID-19, seperti yang ditimbulkan Raja-Raja. Seperti yang dititahkan Raja-Raja, Parlimen serta DUN boleh dan harus bersidang ketika pandemik kerana institusi-institusi ini penting dalam memantau pelaksanaan dasar, program dan dalam membahaskan alternatif untuk penambahbaikan bagi isu COVID-19.

5. Oleh itu, tugas Tan Sri Muhyiddin dan AG sekarang adalah untuk segera menasihati YDPA untuk menarik balik Proklamasi Darurat atau meminda Ordinan Darurat (atau menggunapakai Seksyen 14(1)(b) dan 15(1)(b)) untuk menarik balik penggantungan Parlimen dan DUN..

6. Setelah ditarik balik, tatacara Parlimen menyediakan jalan bagi Parlimen untuk bersidang semula dengan segera, tetapi ini memerlukan Tan Sri Muhyiddin untuk bertindak, sebagai contoh, di bawah Peraturan Mesyuarat 11(2) dalam Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Juga sebagai Perdana Menteri, beliau boleh meminta persidangan tergempar Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3). Tan Sri Muhyiddin dapat melakukannya dalam waktu yang singkat, dan sepatutnya memanggil persidangan seperti itu pada atau selewat- lewatnya pada 28 Jun 2021, sebelum berakhirnya tempoh enam bulan setelah persidangan terakhir Parlimen (29 Disember 2020). Dengan demikian, ia dapat mengelakkan daripada sebarang bentuk implikasi bahawa Perkara 55 (1) Perlembagaan Persekutuan tidak dituruti. Persidangan tergempar seperti itu, dengan persetujuan daripada parti politik masing-masing, dapat dilakukan dengan jumlah minimum ahli parlimen (MP), yang bersidang untuk tujuan utama bagi membuat langkah permulaan yang diperlukan untuk menjalankan prosiding parlimen hibrid.

7. Apa pun, Ordinan Darurat harus dipinda sekurang-kurangnya untuk membenarkan, dengan segera, Jawatankuasa penting Dewan Rakyat dan Dewan Negara seperti Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat bersidang, supaya proses formal mengenai perlaksanaan prosiding hibrid boleh dimulakan. Ordinan tersebut juga harus dipinda untuk membolehkan semua jawatankuasa parlimen, kaukus dan kumpulan berfungsi dengan segera.

8. Sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkuasa untuk memulakan prosedur yang diperlukan agar Parlimen dapat bersidang semula; dan peranan AG dalam hal ini sebagai penasihat Kabinet sangat penting. Terdapat beberapa kaedah untuk melaksanakannya. Kegagalan untuk menasihati YDPA dengan sewajarnya dan bertindak dengan pantas bukan hanya akan menjadi penolakan yang jelas terhadap titah YDPA dan Raja-Raja, tetapi juga boleh ditafsirkan sebagai tindakan untuk memerintah negara ini secara tidak berperlembagaan dan tidak sah.

9. Sekiranya pentadbiran Tan Sri Muhyiddin gagal mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera untuk Parlimen bersidang semula, ia berpotensi membawa kepada krisis perlembagaan, maka kami ingin memohon sembah agar YDPA mempertimbangkan untuk mendapatkan penasihat undang-undang bebas untuk menggunapakai Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan dan mendapatkan pandangan Mahkamah Persekutuan mengenai peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang membolehkan Parlimen bersidang kembali memandangkan keengganan pihak Eksekutif untuk melaksanakan tanggungjawab perlembagaannya.

10. Kami seterusnya menyeru supaya semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk meminta nasihat mengenai persidangan semula DUN masing-masing sebagaimana yang dihasratkan oleh Raja-Raja.

11. Kami mendesak Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin untuk segera mengutamakan vaksinasi kepada semua kakitangan yang bekerja di Parlimen dan DUN serta Anggota Parlimen dan ADUN yang belum divaksin sebagai langkah praktikal dan konkrit yang membuka jalan bagi pembukaan semula Parlimen dan DUN. Kelewatan dalam aspek ini mungkin akan ditafsirkan sebagai sengaja untuk menangguhkan pembukaan Parlimen dan DUN.

Kenyataan ini adalah inisiatif “Seed Community for a Professional Parliament”, sebuah jaringan yang terdiri daripada individu-individu yang aktif dalam kumpulan masyarakat madani, badan pemikir dan para ahli akademik yang memperjuangkan sebuah Parlimen yang profesional bagi mewujudkan persaingan dasar yang sihat antara pelbagai pihak.

Ditandatangan oleh:

1. Bait Al-Amanah 2. Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0) 3. Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) 4. ENGAGE 5. Institute for Political Reform and Democracy (REFORM) 6. Persatuan Pengundi Muda (UNDI18) 7. Pusat KOMAS

*************************************

*************************************

English Version

We, the undersigned civil society groups, express our appreciation and support for the recommendations and concerns shown by His Majesty the Yang di-Pertuan Agong (YDPA) and Their Royal Highnesses the Rulers on the urgent need for Parliament and the State Assemblies to reconvene immediately as a legitimate avenue to address the COVID-19 pandemic that has hit hard on the nation’s economy and the livelihood of the rakyat.

We urge all parties, especially Tan Sri Muhyiddin Yassin’s administration to undertake what is necessary to restore parliamentary democracy and with it, the political and economic stability that the country so crucially needs in the immediate future to overcome the uphill battle of economic recovery.

Our full position is as follows:

1. The opinion and advice of His Majesty the YDPA and Their Royal Highnesses the Rulers are unambiguous. Parliament must convene immediately – not in September, not upon the expiry of the Emergency term on 1 August, but immediately.

2. When Tan Sri Muhyiddin Yassin’s administration and the Attorney-General (AG) advised the YDPA on the purported necessity of enforcing a State of Emergency and suspending Parliament at least until 1 August, they would have known and ought to accordingly have advised the YDPA that by doing so, they would be placing the YDPA in the difficult position of potentially acting in conflict of Article 55(1) of the Federal Constitution. Article 55(1) imposes a constitutional obligation directly on the Constitutional Monarch not to allow six months to elapse between Parliament’s last sitting in one session and the date appointed for its first meeting in the next session – an obligation that His Majesty the YDPA can only act on once the Prime Minister takes the initial step of fixing a date for the sitting. While the State of Emergency was declared under the YDPA’s powers under Article 150 of the Constitution, nevertheless, the tenure of the Emergency Proclamation would mean that Tan Sri Muhyiddin Yassin’s administration was placing the YDPA in the difficult position of being unable to fulfil the constitutional obligation under Article 55(1).

3. Given the potential constitutional conflict under which the institution of the Constitutional Monarch was being placed, the onus and duty of Tan Sri Muhyiddin and the AG to the YDPA was to ensure that the suspension of Parliament and the Emergency be lifted as soon as it was clear that these measures were not absolutely necessary to manage the COVID-19 pandemic.

4. However, recent events have clearly established that the enforcement of a State of Emergency has done nothing to stem the rising number of COVID-19 infections, as Their Royal Highnesses the Rulers pointed out. Also as Their Royal Highnesses noted, Parliament and the legislative assemblies can and should convene during the pandemic precisely because these institutions are integral in monitoring the implementation of COVID-19 policies, programmes and expenditures and in debating alternatives for improvement.

5. It is therefore incumbent on Tan Sri Muhyiddin and the AG to now immediately advise the YDPA to revoke the State of Emergency, or to revise the Emergency Ordinance (or invoke Sections 14(1)(b) and 15(1)(b)) to lift the suspension of Parliament and the State legislative assemblies.

6. Once lifted, parliamentary rules provide a pathway for Parliament to reconvene immediately, but it requires Tan Sri Muhyiddin to act under, for example, Standing Order 11(2) of the Dewan Rakyat Standing Orders. Also as Prime Minister, he can request for an emergency sitting of the Dewan Rakyat under Standing Order 11(3). Tan Sri Muhyiddin is able to do so on short notice, and should in fact call for such a sitting on or by 28 June 2021, before the expiry of the six-month period after the last sitting of Parliament (29 December 2020). To do so may avoid any implication that Article 55(1) of the Federal Constitution has not been complied with. Such an emergency sitting, with the agreement of the respective political parties, can be conducted with a minimum number of MPs, convening for the dominant purpose of putting in place the necessary first steps towards conducting hybrid parliamentary proceedings.

7. In any event, the Emergency Ordinance should be revised to at least allow, on an urgent basis, the essential committees of the Dewan Rakyat and the Dewan Negara such as the House Committee and the Standing Orders Committee to convene so that the formal process of agreeing on the rules for hybrid proceedings can take place. The Ordinance should also be revised to allow all parliamentary committees, caucuses and groups to function immediately.

8. As Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin holds the authority to initiate the procedures necessary for Parliament to reconvene; and the AG’s role in this as advisor to the Cabinet is crucial. There are procedural pathways to do so. The failure to advise the YDPA accordingly and act expeditiously will not only be a clear refusal to acknowledge the decree of both the YDPA and the Rulers, but also could be construed as a move to govern the country as an unconstitutional and illegitimate authority.

9. Should Tan Sri Muhyiddin’s administration fail to take the necessary and immediate measures to reconvene Parliament, therefore potentially leading to a constitutional crisis, we respectfully ask His Majesty the YDPA to consider seeking independent legal counsel to invoke Article 130 of the Federal Constitution and seek the Federal Court’s opinion on the provisions of the Constitution that would enable Parliament to reconvene in the face of the Executive branch’s refusal to discharge its constitutional duty.

10. We further call on all Menteri Besar and Chief Ministers to seek advice on the reconvening of their respective State Assemblies regarding which Their Royal Highnesses the Rulers have expressed their favour.

11. We urge the Minister of Science, Technology and Innovation (MOSTI), Khairy Jamaluddin to immediately prioritise vaccination for all personnel working in Parliament House and the State Assemblies, and of Members of Parliament and State Assemblypersons who are yet to be vaccinated, as a practical and concrete step towards paving the way for the reopening of Parliament and all State Assemblies. Delay in this aspect may be construed as a deliberate move to delay the opening of Parliament and the State Assemblies.

This statement is initiated by the Seed Community for a Professional Parliament, a network of individuals active in civil society organisations, think tanks and academia working towards a professional Parliament that facilitates healthy policy competition between parties.

Signed by:

1. Bait Al-Amanah 2. Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0) 3. Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) 4. ENGAGE 5. Institute for Political Reform and Democracy (REFORM) 6. Persatuan Pengundi Muda (UNDI18) 7. Pusat KOMAS

2 views0 comments

コメント


Post: Blog2_Post
bottom of page