April 22, 2021 House of Trust

Polemik Jawi & Pendidikan Liberal

Banyak yang telah dibahaskan tentang khat Jawi di Malaysia akhir-akhir ini. Yang jelas, isu ini telah begitu dipolitikkan sehingga tersasar dari perkara sebenar.

Kita mesti jelas kenapa khat diperkenalkan. Yang pasti bukan untuk tujuan Islamisasi. Islamisasi tidak memerlukan khat untuk dilaksanakan.

Ia juga bukan persoalan tiada rundingan antara KPM dengan semua parti politik. Sejak bila kurikulum pendidikan kebangsaan harus digubal melalui konsultasi dan restu politik? Biarkan penggubal kurikulum kita dengan tugas mereka. Mereka punya kearifan yang kita tidak miliki.

Khat juga bukan tentang ilmu yang lapuk. Mereka yang menganggap khat tiada manfaat ilmu adalah mereka yang tidak memahami makna ilmu.

Yang pasti, polemik dan isu ini memaparkan dengan jelas satu perkara penting. Betapa di Malaysia, kita masih tidak jelas tentang dasar pendidikan bagaimana yang diperlukan oleh negara ini.

Kita mesti mengembalikan pendidikan kepada landasan sebenarnya, iaitu merangsang rasa ingin tahu (sheer curiosity). Apabila kita mendedahkan pelajar di sekolah vernakular tentang khat, ia dilakukan bukan untuk menjadikan mereka mahir dalam khat. Apatah lagi menjadi pakar jawi.

*Kredit Gambar: Wong Kah Hui, Malaysiakini

Ia dibuat untuk merangsang rasa ingin tahu dalam diri mereka agar mereka berfikir dan mencari jawapan, kenapa khat dan jawi itu sedemikian rupa. Apa kepentingan dan nilainya. Kita mesti menanam dalam diri mereka, semangat ingin tahu ini. Kerana sains terbaik dan teknologi termaju hanya terhasil dari rasa ingin tahu yang mendalam.

Episod khat ini menggambarkan perjalanan jauh kita untuk menjadi negara maju, apatah lagi bangsa maju. Lihat sahaja naratif negara maju yang kita digunakan – ‘negara berpendapatan tinggi’, ‘Harimau Asia’ dan pelbagai lagi. Namun bukan ‘a highly developed society”.

Kepada kebanyakan pihak, hanya coding, sains dan teknologi, matematik dan Bahasa Inggeris akan menjadikan Malaysia dan rakyatnya kompetitif. Tetapi mereka lupa, pembangunan Malaysia yang moden dan terkehadapan menjangkaui spektrum sains dan teknologi.

Apakah kita lupa bahawa kekuatan sebenar Malaysia adalah kemajmukan negara ini, bukan wibawanya dalam sains dan teknologi.

Pelabur ingin melabur di Malaysia bukan kerana Malaysia mempunyai bakat terbaik dunia. Tetapi keyakinan mereka terhadap kestabilan politik dan keharmonian kaum yang unik malah teruji dek zaman.

Sistem pendidikan liberal

*Kredit Gambar: The Conversation

Telah tiba masanya Malaysia memikirkan kewajaran memperkenalkan pendekatan pendidikan liberal (liberal education) seawal usia pembelajaran. ‘Liberal education’ bukan bermaksud pendidikan tanpa pedoman agama dan norma hidup. Tetapi, ia adalah sistem yang mengintegrasikan ilmu kemanusiaan dan sastera dengan disiplin sains dan teknologi.

Rasionalnya kerana kita hidup dalam zaman ledakan maklumat. Anak-anak hari ini menjalani kehidupan harian dengan gajet untuk tweeting, googling ataupun e-mailing dan sebagainya.

Mereka celik teknologi. Tetapi mereka juga mesti faham bahawa sains dan teknologi mesti bermanfaat untuk masyarakat. Kerana itu ilmu berkaitan kemanusiaan, bahasa, kepercayaan agama, kerencaman budaya dan pelbagai yang lain itu penting. Ia akan memberikan sains dan teknologi itu dimensi manusiawinya.

Bayangkan kelak ‘manuskrip’ yang didigitalkan hanya menjadi pameran kerana sudah tidak ada sesiapa yang mampu membaca dan memberi makna kepada kandungannya. Bayangkan jika sejarah Malaysia diajar menggunakan sains multimedia termaju tetapi tiada siapa berminat mempelajarinya kerana bukan subjek kompetitif. Bayangkan bahasa Melayu menjadi bahasa picisan kerana bahasa global bukan sahaja bahasa Inggeris, tetapi kod-kod pengaturcaraan dalam komputer.

Kalau ini bukan tragedi kepada sebuah bangsa, dan kepada sebuah negara, maka saya tidak tahu apa lagi makna ancaman kepada sebuah peradaban.

Lalu, cabaran sebenar hari ini ialah membangunkan sistem pendidikan terbaik untuk masa depan Malaysia. Sehingga saat ini, Menteri Pendidikan, Dong Jiao Zong dan pelbagai pihak berkepentingan, masih tidak memahaminya.

*Artikel ini telah diterbitkan dalam Malaysiakini

Related Posts

Statement by Tun Dr Mahathir Bin Mohamad at the 73rd United Nations General Assembly

October 1, 2018

October 1, 2018

Bait Al Amanah salutes Tun Dr Mahathir Bin Mohamad for his excellent and articulate speech at the General Debate of...

Johor Wifi: Internet Percuma Untuk Semua

February 7, 2018

February 7, 2018

Dalam revolusi budaya siber, banyak perubahan berlaku khususnya dalam pembangunan teknologi komunikasi dan maklumat. Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat yang...

Ucapan MB: Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah FELDA Pemanis 2

January 16, 2018

January 16, 2018

TEKS UCAPAN YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI BESAR JOHOR SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN HAKMILIK TANAH FELDA PEMANIS 2 DI DEWAN...

‘Sang Pemimpin, Berkata Benarlah Kamu!’

February 12, 2019

February 12, 2019

SUATU waktu dulu, saya pernah mengunjungi The United States Air Force Academy (USAFA) di Colorado Springs, Amerika Syarikat. Lawatan tersebut...

Kedudukan Sekolah Agama Di Johor : Status Quo dan Masa Depan

February 8, 2018

February 8, 2018

Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang memartabatkan ilmu sehingga digelar sebagai Hab Pendidikan Serantau. Misalnya, di Pagoh terdapat Hab Pendidikan...

FMT Article: High debt-to-GDP ratio not a major concern

April 9, 2021

April 9, 2021

Photo by FMT The article written by Samuel Chua was published in Free Malaysia Today PETALING JAYA: Malaysia’s household debt-to-GDP...

MB Johor : Ucapan Tahun Baru Cina 2018

February 15, 2018

February 15, 2018

Post Views: 397

Covid-19: Act Fast & Do Whatever it Takes!

March 24, 2020

March 24, 2020

As of March 24th 2020, there are already over 384,000 cases of Coronavirus worldwide, with 16,591 deaths. Though over 102,000...

Children Without: A study of urban child poverty and deprivation

February 28, 2018

February 28, 2018

This study, published by United Nations Childrens’ Fund, Malaysia, based on the sample of urban poor in low-cost ats in Kuala Lumpur...

Kepentingan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974: Forum Halatuju Isu Pencemaran Pasir Gudang

September 19, 2019

September 19, 2019

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 perlu dipinda bagi menangani kejadian pencemaran di negara ini khususnya seperti yang berlaku di Sungai...

Asia-Pacific Region increasingly favors Green Investment

April 14, 2021

April 14, 2021

*Picture Credit: Insurance Business America Original article in Chinese published in People’s Daily China by Liu Hui (correspondent in Thailand)...

Weekly Economic Update (Week 1 of February 2020)

February 5, 2020

February 5, 2020

I. Bank Negara Malaysia reduces Overnight Policy Rate[1] (OPR) to 2.75 percent 25 basis point reduction (second time in less than 6...

Parliament Should Reconvene Immediately To Table The 12th Malaysia Plan

March 10, 2021

March 10, 2021

Photo by CEphoto, Uwe Aranas Wednesday, 10 March 2021: The CME-BAA Macroeconomic Observatory (MEO), a joint platform promoted by the...

Dilema Stateless yang Tidak Bernoktah.

February 24, 2020

February 24, 2020

Memegang kad pengenalan biru merupakan suatu nikmat yang sering diambil mudah oleh rata-rata daripada kita, sama ada dari segi hak...

Pendidikan Berorientasikan Industri: Bersediakah Malaysia?

December 16, 2019

December 16, 2019

Revolusi Industri 4.0(IR4.0) merupakan agenda utama dunia pada masa kini. Artikel bertajuk You Will Lose Your Job To A Robot –...

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *