September 22, 2020 House of Trust

Pendidikan Orang Asli: Apakah Hala Tujunya?

Sejak 63 tahun tanah air ini mengecapi kemerdekaan, pembangunan Orang Asal (Orang Asli) tidak pernah dipandang sepi dan ditinggalkan dalam perancangan kerajaan. Baik pembangunan ekonomi, sosial serta kebajikan mereka, program-­ program pembangunan terus dipergiat. Begitu juga dengan pendidikan masyarakat orang asal yang bukan lagi merupakan isu baru untuk dibincangkan. Selari dengan hasrat kerajaan bagi memastikan tiada lagi kanak-­kanak yang ketinggalan daripada mendapat akses pendidikan, dasar demi dasar sentiasa diperbaharui dan ditambahbaik.

Pun begitu, perkara ini masih lagi dianggap samar-­samar bagi kelompok minoriti yang mempunyai pengamalan budaya yang unik dan berbeza. Penerimaan mereka dalam kurikulum dan pendidikan arus perdana bukanlah bersifat menyeluruh kerana masih lagi terdapat anak-­anak orang asal yang tidak boleh mengadaptasi bahasa melayu dalam kehidupan seharian, apatah lagi mempunyai daya kompetensi yang tinggi berbanding rakan-­rakan mereka di sekolah.

Menurut mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, data daripada Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) sehingga 31 Mei 2019, keberadaan murid-­murid orang asli di sekolah rendah dan menengah menurun seramai 725 orang berbanding pada tahun 2018. Zahirnya, statistik ini menggambarkan situasi anak-­anak ini kurang minat untuk berada di sekolah dan lebih cenderung untuk berada dalam lingkungan masyarakat mereka sendiri. Namun, pendidikan sangat penting terutama bagi meningkatkan kualiti hidup dan kebolehan literasi merupakan salah satu langkah bagi membasmi kemiskinan, justeru apakah hakikat sebenar sudut pandang masyarakat orang asal terhadap pendidikan? Adakah kurikulum arus perdana sesuai diimplimentasikan walaupun budaya dan adat mereka berbeza?

Di Semenanjung Malaysia, terdapat sekurang-­kurangnya 18 suku etnik yang dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Rentetan itu, setiap suku etnik ini mempunyai bahasa ibunda masing-­masing. Sebagai contoh, Bahasa Semai ialah bahasa natif bagi masyarakat orang asal di Kampung Terisu, Cameron Highlands namun di Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu mereka bertutur dalam bahasa Semaq Beri, keadaan juga berbeza buat masyarakat orang asal di Gua Musang yang bertutur dalam bahasa Temiar sebagai bahasa natif justeru, bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi masyarakat orang asli. Perkara ini dijelaskan dengan mendalam dalam artikel Orang Asli Minority Children in Malaysia: Achieving Literacy Malay Language dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu oleh pensyarah Universiti Utara Malaysia apabila kajian mereka mendapati norma murid orang asli lebih cenderung berbicara dalam bahasa ibunda mereka masing-­masing menyebabkan kosa kata mudah contohnya seperti ‘menjerang air’ tidak dapat mereka faham dan gambarkan. Ketidakupayaan untuk memahami kosa kata ‘standard’ menyebabkan anak-­anak ini tidak faham dan ambil lewa  berkenaan  pembelajaran  di  sekolah.  Suasana  pembelajaran  dan  sistem

pendidikan arus perdana didapati kurang sesuai dengan budaya dan cara hidup masyarakat orang asal yang lebih menitikberatkan identiti masyarakat mereka yang sebati dengan alam semulajadi.

Dalam saranan UNESCO, melalui program UNESCO’s Division of Basic Education Early Childhood telah memperkenalkan pendidikan awal untuk kanak-­ kanak Orang Asli tanpa menghilangkan identiti budaya mereka. Identiti  sangat disanjung tinggi oleh masyarakat orang asal. Artikel “Culture speaks: Cultural relationships and classroom learning.” menerangkan bagaimana perbezaan bahasa menimbulkan masalah komunikasi antara guru dan murid-­murid justeru, proses pembelajaran dan pengajaran tidak  berjalan dengan lancar dan sukar diterima. Akhirnya, murid-­murid akan berasa terpinggir, tidak gembira dan rendah diri untuk menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan. Perkara inilah yang menyumbang kepada masalah tidak minat untuk ke sekolah dalam kalangan masyarakat orang asli. Kadangkala, mereka mungkin hadir, tetapi sekadar berasbabkan terjaganya makan minum dan merupakan tempat mereka bermain bersama rakan-­rakan.

Sebagai perbandingan, di Eropah, pelaksanaan Sekolah Rimba atau Forest School sangat sinonim dengan masyarakat orang asal di sana. Pendekatan pembelajaran yang lebih menjurus kepada sifat alami dan praktikal dengan menggunakan hutan dan sumbernya sebagai lokasi pembelajaran diterapkan bagi meningkatkan kompetensi, kemahiran dan pengetahuan kanak-­kanak orang asli. Hal ini demikian kerana, pembelajaran luar bilik darjah menyediakan pengalaman pembelajaran yang dinamik. Suasana ini sesuai dengan sifat masyarakat orang asli yang suka meneroka, peka dan cinta akan alam sekitar. Bagi murid orang asli, kepercayaan merekab yang berkait dengan alam sekeliling menjadikan hutan sangat penting buat mereka. Dalam kertas kerja ‘Penerapan Elemen Sekolah Rimba Malaysia Dalam

Kalangan Murid Orang Asli’ oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia turut menekankan penggunaan pedagogi  yang sesuai  serta memenuhi  keperluan masyarakat orang asli perlu diterapkan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia.

Hakikatnya, isu pendidikan orang asli bukanlah sekadar isu tempatan, malah ia juga perkara membimbangkan di peringkat anatarabangsa, contohnya, di wilayah Amerika Latin dan Caribbean, 85% anak pribumi mengikuti pendidikan menengah, tetapi hanya 40% yang menamatkannya. Begitu juga di Nunavut, wilayah paling utara Kanada, kadar kelulusan sekolah menengah Inuit jauh di bawah purata, dan hanya 40% daripada semua anak pribumi yang bersekolah sepenuh masa. Sehingga hari ini, benar, banyak kejayaan sudah dicapai dalam tempoh 63 tahun merdeka seperti kejayaan dalam peperiksaan pusat dan lebih ramai murid orang asli berpeluang menyambung pelajaran ke institusi pendidikan tinggi. Inisisatif kerajaan juga tidak henti-­henti seperti menubuhkan jawatankuasa khas pendidikan orang asli,membuka peluanvg kemasukan dalam pendidikan TVET dan lain-­lain. Bahkan, menurut Ketua

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Prof Dr Juli Edo, secara dasarnya tahap kesedaran kepentingan pendidikan dalam kalangan orang asli meningkat daripada semasa ke semasa, bagaimanapun tahap kesedaran itu diihat masih rendah bagi memastikan anak orang asli memperoleh pendidikan demi kelangsungan hidup mereka.

Rentetan itu, langkah mengintegrasikan Orang Asli ke dalam pendidikan arus perdana bukan langkah yang sesuai untuk menggalakkan anak orang asli minat hadir ke sekolah kerana perkara yang lebih signifikan di mata mereka ialah pendidikan yang tidak mengabaikan budaya, latar belakang, dan bahasa ibunda (natif) mereka. Pengajaran dalam bahasa ibunda mereka mungkin satu perkara yang idealis, namun setidak-­tidaknya, penerapan sedikit elemen budaya mereka dapat memelihara warisan yang ingin mereka jaga.

_
Anis Afina Binti Hassan Sanusi

(Cabaran Penulisan Artikel – Kategori UIAM)

Related Posts

International Affairs Update (Week 1 of January 2020)

January 8, 2020

January 8, 2020

A. Singapore i) Digital Tax Singapore started imposing GST on overseas digital services at the current standard rate of 7%,...

MIER: 2.4 million Job Losses under Worst Case Scenario

March 30, 2020

March 30, 2020

As of March 30th 2020, Malaysia recorded 156 new Covid-19 cases, bringing the total number to 2,626. The good news...

Khaled Nordin Bentang Pelan 10 Tahun Pembangunan Johor

February 5, 2018

February 5, 2018

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin hari ini telah menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2018 di hadapan kira-kira...

Advancing the Silver Economy

April 29, 2019

April 29, 2019

I HAD a conversation with my mum recently over an elderly friend, technology, and getting on with life in this...

MRT 2 Project: An Amicable Resolution in sight ?

October 9, 2018

October 9, 2018

Summary of MMC Gamuda’s Media Statement Referring to the MRT 2 Project whereby MMC Gamuda has been terminated as the...

A New Look at Measuring Energy Poverty – 3rd Bali International Conference on Social Sciences and Humanities (ICSSH)

November 1, 2018

November 1, 2018

3rd Bali International Conference on Social Sciences and Humanities (ICSSH) Ijlal Hannan participated in the conference held from 7 to...

Moving away from Identity Politics to Policies

November 27, 2019

November 27, 2019

Last month, I had the opportunity to attend IDEAS 4th Liberalism Conference which brought forward a theme that has been haunting...

FELDA di Landasan Betul

January 17, 2018

January 17, 2018

“Tan Sri Shahrir Abdul Samad, ikon politik yang berwibawa dan disegani. Perjuangannya, peribadinya dan khidmat baktinya adalah cerminan dan terjemahan...

Dependency Dilemma of Foreign Workers in Johor

August 27, 2019

August 27, 2019

“They build our cities, they serve us teh tarik, they raise our children, yet we don’t want too many of...

The New Decade of Johor

February 5, 2018

February 5, 2018

“Progress is Dynamic. No full stops, no finality. It should point towards a greater vision – not just achieving a...

Terima Kasih Datuk Lee Chong Wei!

June 13, 2019

June 13, 2019

‘Terima kasih Datuk Lee Chong Wei!’ Bait Al-Amanah ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Olahragawan Malaysia yang telah memenangi 69...

Happy New Year, Fellow Malays!

January 3, 2020

January 3, 2020

As we embark into the new decade, we should simultaneously look at the elephant in the room. As much as...

International Affairs Update (Week 2 of January 2020)

January 16, 2020

January 16, 2020

A. Singapore i) E-Scooters Ban $1 billion to triple cycling path network in Singapore amid the e-scooters ban on footpaths ...

Wajarkah jurang gaji CEO dan pekerja semakin melebar?

August 7, 2019

August 7, 2019

TAHUN lepas, lima syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan antara 20 syarikat dalam Bursa Malaysia yang memberi gaji ketua pegawai eksekutif (CEO)...

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *