September 22, 2020 House of Trust

Pendatang Asing: Mencari Makna di Balik Akta

Tahun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Malaysia tekal menghalang kedatangan atlet Israel ke sini untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan akan berlangsung pada 29 Julai hingga 4 Ogos 2019. Oleh sebab itu, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa telah melucutkan hak  penganjuran kejohanan itu daripada Malaysia. Namun, perkara ini bukanlah kali pertama berlaku di negara kita kerana terdapat seorang aktivis pelajar asing juga dihalang daripada memasuki Malaysia atas arahan kerajaan lima tahun lepas.

Tambahan pula, terdapat beberapa peruntukan undang-­undang berkenaan hal kemasukan pendatang asing ke negara kita. Pertama sekali, Parlimen telah meluluskan satu akta penting yang berkait dengan perkara tersebut iaitu Akta Imigresen 1959/63. Terjemahan Seksyen 6(1) Akta tersebut memperuntukkan:

Kawalan kemasukan ke Malaysia

6. (1) Tiada seorang pun selain daripada seorang warganegara memasuki Malaysia melainkan jika

(a) dia memiliki Permit Masuk yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Seksyen 10;;

(b) namanya di atas satu Permit sah masuk dalam selaras dengan Seksyen 12, dan dia adalah di syarikat-­syarikat Pemegang Permit itu;;

(c) calon yang memiliki suatu Pas yang sah yang dikeluarkan kepadanya untuk memasuki Malaysia;; atau

(d) dia dikecualikan daripada seksyen ini oleh suatu perintah yang dibuat di bawah Seksyen 55.

Secara umumnya, peruntukan di atas adalah berkaitan kuasa yang diberikan kepada Jabatan Imigresen untuk mengawal pintu masuk sempadan negara dengan membenarkan orang asing untuk memasuki Malaysia jika memenuhi salah satu keperluan yang dinyatakan di atas. Bagi negeri Sabah dan Sarawak pula, kerajaan-­ kerajaan negeri tersebut diberikan kuasa untuk mengawal selia urusan imigresen negeri masing-­masing berdasarkan Seksyen 65(1) Akta Imigresen 1959/63. Pendek kata, bidang kuasa mengenai hal ehwal imigresen termasuklah menghalang mana-­mana orang daripada memasuki sempadan Malaysia dimiliki oleh kerajaan Persekutuan melainkan negeri Sabah dan Sarawak yang diberikan kuasa autonomi dalam hal sedemikian yang dijalankan oleh pihak kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri melalui Pengarah Imigresen Negerinya.

Selain itu, terdapat beberapa kumpulan orang yang dianggap sebagai pendatang tanpa izin iaitu kumpulan yang tidak boleh memasuki Malaysia sama sekali. Menurut terjemahan Seksyen 8(1) Akta yang sama:

Pendatang tanpa izin

8. (1) Mana-­mana orang yang, menurut pendapat Ketua Pengarah

(a) ialah seorang ahli mana-­mana kumpulang terlarang sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen (3) dan bukan warganegara ialah pendatang tanpa izin.

Pada tahun 2018, terdapat kira-­kira 73000 warga asing yang tidak dibenarkan masuk ke Malaysia atas sebab beberapa kesalahan yang termaktub di bawah Seksyen 8 Akta tersebut dan yang berikut ialah senarai kumpulan orang yang ditakrifkan sebagai pendatang tanpa izin di bawah Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/63:

1. Pendatang asing yang mengalami masalah mental dan penyakit berjangkit

Pertama sekali, menurut terjemahan perenggan (b) Seksyen ini:

(b) Mana-­mana orang yang mengalami gangguan atau kecacatan mental, atau menghidap penyakit berjangkit yang menjadikan kehadirannya di Malaysia berbahaya kepada masyarakat;;

Secara ringkasnya, sekiranya ada pendatang asing yang menghidap penyakit mental atau penyakit berjangkit yang boleh memudaratkan rakyat Malaysia, mereka boleh dihalang daripada memasuki Malaysia kerana dikhuatiri akan mewabak dalam kalangan kita. Penyakit berjangkit seperti Malaria dan Tuberculosis turut dihidapi sebilangan rakyat Malaysia akibat kedatangan warga asing tanpa kawalan.

2. Golongan gelandangan dan pengemis

Selain itu, menurut perenggan (g) Seksyen yang sama, mana-­mana orang asing yang datang daripada golongan gelandangan mahupun mencari sumber kewangan dengan cara menjadi pengemis juga tidak akan dibenarkan untuk memasuki Malaysia. Hal ini adalah bagi memastikan tidak berlaku kebanjiran golongan tersebut terutamanya di bandar-­bandar utama negara walaupun terdapat segelintir daripada mereka yang menyalahgunakan pas lawatan sosial bagi mencapai tujuan berkenaan.

3. Orang yang dilarang oleh undang-­undang secara khusus

Tambahan pula, menurut terjemahan perenggan (h):

(h) Mana-­mana orang yang memasuki Malaysia, atau pada masa kemasukan beliau itu, adalah menyalahi undang-­undang ini atau mana-­mana undang-­undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa;;

Peruntukan ini bermaksud seseorang pendatang yang dilarang secara khusus daripada memasuki Malaysia menerusi undang-­undang juga tidak akan dibenarkan masuk sama sekali. Jika kita lihat pada dasar Malaysia yang menghalang kemasukan warganegara atau pemegang pasport Israel di samping merujuk peruntukan di atas, sebenarnya tiada sebarang peruntukan undang-­undang khusus yang melarang kemasukan mereka (tetapi memerlukan visa) melainkan dasar penggunaan pasport Malaysia yang tidak sah jika digunakan untuk memasuki Israel.

4. Pendatang asing yang mengancam kestabilan kerajaan dan negara

Di samping itu, terjemahan perenggan (i) pula menerangkan:

(i) Sesiapa yang mempercayai atau menyokong penggulingan, dengan kekerasan atau keganasan, mana-­mana kerajaan di Malaysia atau mana-­mana kerajaan yang tertubuh atau undang-­undang yang diluluskan atau pihak berkuasa atau yang tidak mempercayai atau menentang kerajaan yang tertubuh, atau yang menyokong pembunuhan pegawai-­pegawai awam, atau yang menyokong atau mengajar kemusnahan harta benda yang menyalahi undang-­undang;;

Berdasarkan peruntukan di atas, jika ada pendatang asing yang memperjuangkan apa-­ apa perkara dengan matlamat untuk menjatuhkan mana-­mana kerajaan di Malaysia yang sah atau menyokong sebarang tindakan untuk membunuh pegawai-­pegawai awam, mereka juga sudah tentu akan dilarang daripada datang ke Malaysia bagi menghalang mereka daripada melaksanakan perancangan untuk mencapai mana-­mana tujuan seperti yang dinyatakan di atas.

5. Pendatang yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau asli

Akhir sekali, terjemahan perenggan (m) pula memperuntukkan:

(m) mana-­mana orang yang dikehendaki oleh mana-­mana undang-­undang bertulis yang berkuat kuasa pada masa itu untuk memiliki dokumen-­dokumen perjalanan yang sah, tidak memiliki dokumen itu atau memiliki dokumen perjalanan palsu atau yang dipinda atau dokumen perjalanan yang tidak mematuhi apa-­apa undang-­undang bertulis dengan sepenuhnya;;

Maksudnya di sini adalah mana-­mana pendatang asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah atau asli (termasuklah yang sudah tamat tempohnya), mereka juga dianggap sebagai pendatang tanpa izin dan tidak boleh memasuki Malaysia. Perkara ini seringkali berlaku di sini, misalnya, pihak Jabatan Imigresen Malaysia telah menahan kira-­kira 206 orang warga asing pada Disember 2018 dan sebahagian daripada mereka didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Kesimpulannya, berdasarkan perbincangan di atas, maka benarlah bahawa terdapat beberapa golongan warga asing yang dianggap sebagai pendatang tanpa izin yang dilarang sama sekali untuk memasuki negara kita menerusi jalan darat, laut mahupun udara. Hal ini adalah mustahak bagi menjamin ketenteraman orang awam dan keselamatan negara daripada terancam oleh sebab kedatangan kumpulan warga asing sedemikian ke negara kita. Oleh sebab itu, kita dapat simpulkan bahawa setiap negara mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang undang-­undang demi menjamin keselamatan sempadan dan kedaulatannya daripada ancaman anasir luar.

_
Ahmad Amsyar Ahmad Effendy

(Cabaran Penulisan Artikel – Kategori Terbuka)

Related Posts

Moving away from Identity Politics to Policies

November 27, 2019

November 27, 2019

Last month, I had the opportunity to attend IDEAS 4th Liberalism Conference which brought forward a theme that has been haunting...

Arus 2020: Malaysia Lemas dalam Globalisasi?

January 2, 2020

January 2, 2020

Kita sering dibelenggu dengan globalisasi yang sentiasa berubah pendekatannya. Petikan daripada mesyuarat tahunan World Economic Forum (WEF) melaporkan perdebatan perbezaan...

Senarai Kabinet Malaysia 2020

March 9, 2020

March 9, 2020

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Seri Mohamed Azmin AliTimbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan...

Muda dan Matang: Untuk Malaysia Lebih Baik

July 17, 2019

July 17, 2019

Kini semakin menjadi realiti untuk rakyat Malaysia seawal umur 18 tahun ke atas berpatisipasi dalam proses demokrasi negara. Sama ada...

Wajarkah jurang gaji CEO dan pekerja semakin melebar?

August 7, 2019

August 7, 2019

TAHUN lepas, lima syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan antara 20 syarikat dalam Bursa Malaysia yang memberi gaji ketua pegawai eksekutif (CEO)...

Weekly Economic Update (Week 1 of February 2020)

February 5, 2020

February 5, 2020

I. Bank Negara Malaysia reduces Overnight Policy Rate[1] (OPR) to 2.75 percent 25 basis point reduction (second time in less than 6...

Sektor Pelancongan Johor: Potensi Baharu Ekonomi

February 26, 2018

February 26, 2018

*Gambar yang menunjukkan tempat menarik Johor ini dipetik daripada Tourism Johor Pembangunan sektor ekonomi negeri Johor kini semakin pesat dan...

Call for a Peaceful Resolution for Jammu and Kashmir

December 5, 2019

December 5, 2019

A two-day international conference under the theme “Kashmir Turmoil: Emerging Threats to Peace and Role of International Community” was held...

Emerging Consumer Survey 2019

March 26, 2019

March 26, 2019

Credit Suisse Research Institute published the ninth edition of the Emerging Consumer Survey, a study that draws on the annual...

Pembiayaan Politik di Malaysia: Memperkukuh Integriti

January 30, 2019

January 30, 2019

Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) telah dilancarkan pada 14 Ogos 2015 untuk menyediakan satu forum perundingan bagi masyarakat...

Ucapan Belanjawan 2019

November 7, 2018

November 7, 2018

Post Views: 99

What’s in store for Budget 2020?

September 25, 2019

September 25, 2019

A think tank today predicted cuts in the budget for 2020 when it is tabled in Parliament next month, following...

Statut Rom dan Kedaulatan Negara

April 1, 2019

April 1, 2019

Sejak kebelakangan ini, isu Malaysia menandatangani Statut Rom atau ‘Rome Statute’ kerap dibincangkan dan dibahaskan oleh pakar undang-undang. Hal ini...

Statement by Tun Dr Mahathir Bin Mohamad at the 73rd United Nations General Assembly

October 1, 2018

October 1, 2018

Bait Al Amanah salutes Tun Dr Mahathir Bin Mohamad for his excellent and articulate speech at the General Debate of...

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *