May 7, 2021 House of Trust

Muda dan Matang: Untuk Malaysia Lebih Baik

Kini semakin menjadi realiti untuk rakyat Malaysia seawal umur 18 tahun ke atas berpatisipasi dalam proses demokrasi negara. Sama ada penglibatan lebih ramai orang muda ini adalah sesuatu yang baik atau tidak, masih terlalu awal untuk kita menghukumnya. Namun, melihatkan pada konteks semasa politik tanahair dan rantau ini, wujud kekhuatiran yang munasabah yang mesti diberikan perhatian oleh semua pihak. 

Negara-negara di sekitar Asia Tenggara seperti Filipina dan Indonesia, serta Perancis dan Hungary di rantau Eropah, kelihatan sedang menyaksikan badai populisme. Pada masa yang sama, peranan media sosial, terutama sekali Facebook semakin penting dalam membantu menyebarluaskan wacana politik kepada khalayak yang lebih ramai dan tidak pernah tercapai sebelum ini. Termasuklah orang muda, mereka yang seawal 18 tahun malah lebih muda daripada itu. 

Sebuah analisis yang diterbitkan oleh Council of Foreign Relations bertajuk ‘Southeast Asia’s Populism Is Different but Also Dangerous’ telah memberikan beberapa ciri tentang populisme yang melanda rantau ini.

Populisme
Kredit Gambar: Cartoon Movement

Pertama, populisme menyerlahkan kekecewaan golongan kelas menengah dan kelas rendah terhadap demokrasi, institusi demokrasi dan para pendukungnya, kerana dianggap gagal menyelesaikan masalah berkenaan kesenjangan, jenayah dan pengimplementasian program pro-rakyat/kebajikan yang tidak tuntas. Mereka ini adalah golongan yang kecewa dan marah dengan sistem dianggap punca kesusahan.

Kedua, mereka yang menyokong pupolisme kerana memberikan kepercayaan penuh kepada sosok politik populis – mereka yang dilihat berani dan lantang menentang ‘ketidakadilan’. Selain tegas menyuarakan pendapat rakyat kebanyakan, terutama sekali kelas menengah dan kelas rendah terhadap ketidakpuasan yang timbul kepada government of the day. Mereka ini golongan yang tampil optimis biarpun hakikatnya tidaklah terlalu terbuka. 

Ketiga, media sosial yang menjadi medan bebas untuk digunakan secara aktif bagi menyebarkan naratif populis yang dimainkan sosok politik. Ini termasuklah penubuhan ‘fake accounts’ dan ‘cybertroopers’ di dalam Facebook atau media sosial utama lain. Selalunya mereka dibayar dan berada dalam satu organisasi tersusun. 

Najib Razak: Ikon Populis Negara

Peristiwa YAB Mantan Perdana Menteri sebagai Ketua Penasihat Barisan Nasional telah memberikan seakan keabsahan dan mengukuhkan autoritinya sebagai sebuah ikon populis. Terutama sekali dengan kempen ‘Malu Apa Bossku’,  beliau ternyata telah menangkis segala persepsi negatif, terutama sekali kes-kes pecah amanah yang sedang dibicarakan sekarang. Di laman media sosial pula, beliau telah dilihat sebagai satu watak penyelamat kepada golongan-golongan terpinggir (orang Melayu-Islam, golongan berpendapatan menengah dan rendah). 

Wefie para pemuda dengan YAB Mantan Perdana Menteri
Kredit Gambar: Benedict Weerasena

Barangkali fenomena ini berlaku disebabkan oleh beberapa sebab. Pertama, kegagalan Kerajaan menawarkan solusi yang benar-benar berkesan dan dirasai. Kedua, kekurangan ahli politik pembangkang yang lantang dan diyakini dapat menggantikan beliau dengan lebih baik. Ketiga, ketandusan naratif ilmiah dan kritis yang bebas dalam memberikan pandangan dan timbal balas terhadap polisi dan pembawaan kerajaan semasa. Keempat, ketiadaan jaminan dari mana-mana pihak bahawa sebenarnya orang Melayu mempunyai alternatif lain yang lebih baik tanpa perlu berbalik kepada ‘pemain’ lama.

Namun, harus diakui bahawa lenggok bahasa dan isu yang dibawa oleh Bosskur adalah dalam naratif dan cara yang mudah difahami ramai. Tidak terlalu berfakta dan tidak pula terlalu trivial atau jalanan, biarpun ada kalanya dilabel sebagai sedikit ‘rempit’. Ini membentuk pesona Najib Razak sebagai seorang yang memiliki ‘authentic voice of the people’ dalam menyuarakan hal rakyat biasa-biasa. 

Ternyata strategi ini telah melahirkan satu naratif yang ‘Bukan Biashe-Biashe’. Sama seperti yang digunakan Thaksin, mantan Perdana Menteri Thailand suatu ketika dahulu iaitu “I Give to All of You”,“I Belong to You”dan “I am the Mechanism which can Translate the Will of the People into State Action”

Cabaran Golongan Muda Malaysia.

Penyertaan lebih ramai orang muda tidak akan memberikan kebaikan jika perkara-perkara asas tidak kita uruskan dengan baik.

Undi 18
Kredit Gambar: The World News

Pertama, pastikan pengundi atau calon PRU muda memahami bahawa populisme bukanlah pendekatan terbaik dalam sesebuah demokrasi. Wujud perbezaan antara populisme dan pragmatisme. Tetapi, proses ini nyata sukar. Para NGO, golongan pendidik dan asatizah serta institusi agama harus mengakui bahawa populisme bukan sahaja satu pendemik politik, tetapi mampu menjadi gas beracun yang mampu mencemarkan iklim demokrasi kita secara perlahan-lahan. Khususnya dalam dunia digital ini. 

Institusi pendidikan, tokoh agama, media, ikon berpengaruh, ahli politik semasa, serta masyarakat sekeliling harus memainkan peranan yang lebih mendalam dan berkesan dalam mendidik golongan muda membezakan antara yang benar dari yang palsu, yang betul dari yang salah, malah yang baikdan yang terbaik. Agar wakil yang dipilih atau dipertandingkan adalah berdasarkan merit dan nilai. Bukan faktor luaran yang picisan seperti rupa paras, kelancaran bertutur atau salasilah keluarga berpengaruh. 

Kedua, setiap parti politik mesti mula mencari dan mengasah bakat muda terbaik untuk menyertai mereka. Agar, orang muda yang terlibat bukan sekadar ramai, tetapi berkualiti dan mempunyai pendedahan yang sewajarnya. 

YAB Tun Mahathir dengan YB Syed Saddiq
Kredit Gambar: Facebook Syed Saddiq

Ketiga, kita semua mesti menerima dan berhadapan dengan pembaharuan ini dengan optimis tetapi teliti dan tidak terlalu teruja. Bukan kerana ia tidak baik, tetapi kita jangan sampai terlepas pandang perkara-perkara yang kritikal.

Benar yang muda tidak semestinya mentah. Yang tua belum tentu matang. Namun, demokrasi yang matang dan bermakna harus dijayakan dengan pemikiran yang rasional, sofistikated serta dipimpin oleh nilai-nilai murni masyarakat. Bukan propaganda, syak dan keraguan semata-mata. 

Tahniah anak muda Malaysia. Selamat datang ke pentas demokrasi. 

Penulis adalah Mohd Daud Mat Din, Pengarah Penyelidikan di Bait Al Amanah bersama Abdullah Afiq, Penyelidik di Bait Al Amanah. 

*Artikel ini telah diterbitkan dalam Malaysiakini

Related Posts

Media Statement: Budget 2020 Roundtable Dialogue

September 18, 2019

September 18, 2019

The Bipartisan Budget 2020 Roundtable Dialogue with the Theme “United We Tack to Avoid Potential Recession” was successfully held on...

Parliament Should Reconvene Immediately To Table The 12th Malaysia Plan

March 10, 2021

March 10, 2021

Photo by CEphoto, Uwe Aranas Wednesday, 10 March 2021: The CME-BAA Macroeconomic Observatory (MEO), a joint platform promoted by the...

BNM Yakin Ekonomi Malaysia Bakal Pulih

April 19, 2021

April 19, 2021

Artikel ini diterbitkan di Dewan Ekonomi Persoalan besar yang terus diajukan oleh hampir semua pihak sekarang ialah tentang iklim ekonomi...

A Tribute to Dr Tetsu Nakamura

December 11, 2019

December 11, 2019

We would like to extend our sincere condolences to the family, friends and colleagues of Dr Tetsu Nakamura, a man...

Ke Arah Kemapanan Pasir Gudang

September 19, 2019

September 19, 2019

Selaku penduduk Pasir Gudang, saya sentiasa terpanggil dan mengikut rapat perkembangan insiden pencemaran berulang di kawasan ini. Isu ini nampaknya...

FMT Article: Southern Thailand peace talks have led nowhere, say experts

April 30, 2021

April 30, 2021

Picture by AP Pic By Ainaa Aiman, Reporter from Free Malaysia Today PETALING JAYA: The peace talks between the Thai...

A Neglected Dimension of the New Southern Policy: Multilayered Middle-Power Diplomacies

January 21, 2021

January 21, 2021

* Image Source: Korea Net Since the New Southern Policy (NSP) was launched in November 2017, much attention has been...

Learning from China’s Rise

July 19, 2019

July 19, 2019

“It is a pleasure to have friends coming from afar” Confucius, Ancient Chinese philosopher; in The Analects of Confucius, a...

The Garden of Eden is no more

January 24, 2019

January 24, 2019

Thank you, Professor Klaus Schwab, Hilde Schwab and the World Economic Forum for this generous award and inviting me to...

Response to the Ministry of Economic Affairs Performance Report 2019

January 28, 2020

January 28, 2020

Recently, the Ministry of Economic Affairs (MEA) published a report on the ministry’s initiatives, achievement and performance in Malaysia’s socio-economic...

Dilema Kelapa Sawit

January 20, 2020

January 20, 2020

Mungkin kerajaan hari ini lupa bahawa ekonomi rakyat kebanyakan adalah ekonomi pertanian. Ia adalah denyut nadi dan rezeki utama rakyat...

Global Economy in Transition

January 28, 2019

January 28, 2019

Prosperity. Sustainability. Security. All rely on global economic cooperation, so how can we can we shape a more equitable and...

Social Statistics Malaysia 2018

January 10, 2019

January 10, 2019

The Department of Statistics Malaysia recently released the Social Statistics Bulletin Malaysia 2018. This interesting bulletin which is based on...

The New Decade of Johor

February 5, 2018

February 5, 2018

“Progress is Dynamic. No full stops, no finality. It should point towards a greater vision – not just achieving a...

FMT Article: Increasing Household Debt-to-GDP highlights Vulnerability of lower-income households

April 9, 2021

April 9, 2021

Photo by FMT The article written by Samuel Chua was published in Free Malaysia Today PETALING JAYA: Malaysia’s household debt-to-GDP...

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *