October 25, 2021 House of Trust

Mengenang Mohammad Adib

Malam tadi Mohammad Adib bin Mohd Kassim telah pergi untuk selamanya. 

Pepatah Inggeris ada berbunyi “only the good die young”. Pepatah itu berasal dari seorang sejarawan Greek bernama Herodotus yang hidup pada 445 BC. Beliau menulis  “Whom the gods love dies young.

Begitulah saya rasa hidup Mohammad Adib. Kepulangannya sewaktu muda adalah atas kehendak Allah jua.  Allah berkehendakkan beliau kembali pada usia yang sangat muda dan dalam keadaan yang sangat bermanfaat dan terhormat.

Yang mengesankan saya dan seluruh rakyat Malaysia ialah, Adib pulang semasa memberikan darma baktinya kepada tanahair. 

Allahyarham adalah anak bangsa yang tidak mensia-siakan umur mudanya, tetapi memanfaatkan kelebihan itu dengan memberikan khidmat pada nusa dan bangsa. Memberi dengan sebanyak-banyaknya tanpa mengharapkan balasan.

Kematian beliau adalah pada waktu tenaga dan khidmatnya sangat diperlukan bangsa dan negara. 

Hari ini saya mengajak semua rakyat Malaysia mengenang Mohammad Adib. Walaupun kita tidak mengenalinya secara peribadi, kita semua tahu ceritanya.  

Pertama, marilah kita mengenang pengorbanan Adib dengan berterima kasih kepada keluarganya kerana meminjamkan beliau Adib untuk tanahair.

Kehilangan Almarhum pasti tidak ada galang ganti pada keluarga dan tunangnya. Dan sebagai sebuah negara dan bangsa yang berterima kasih, kita wajar menzahirkan terima kasih kita kepada keluarga dan tunangnya kerana menyerahkan Adib demi Malaysia yang lebih baik. Tidak mungkin kita boleh berkata kita memahami perasaan mereka. Sesungguhnya, hanya Tuhan yang tahu apa yang bermain dalam hati dan pemikiran mereka. Tidak ada perasaan yang boleh menggambarkan beratnya tangan dan hati seorang bapa untuk menurunkan jasad anak sendiri ke dalam liang lahad.

Harga yang Almarhum bayar adalah nyawanya. Tidak ramai antara kita yang sanggup mencagarkannya, walaupun untuk negara dan agama. Jadi, marilah kita berdoa, dengan sedalam dan setulusnya, agar Allah menempatkan Almarhum Adib di tempat yang selayaknya, bersama para anbia dan soleheen.

Kedua, marilah kita mengenang pengorbanan Almarhum dengan mencari keadilan untuknya.

Kematiannya mesti mendapat pembelaan. Tiada yang mewajarkan sesiapa jua untuk bertindak di luar batas undang-undang. Negara ini negara hukum dan semua warganya mesti hidup dan bertindak berdasarkan undang-undang. Biar apa pun alasan dan matlamatnya.

Saya yakin, Kerajaan akan bertindak seadil dan sesaksama mungkin. Hukuman setimpal mesti dijatuhkan kepada mereka yang melakukan jenayah kejam ini. 

Lebih-lebih lagi ia melibatkan seorang ahli pasukan penyelamat Malaysia. 

Ketiga, kematian Adib mesti menguatkan iltizam kita untuk memberikan yang terbaik kepada tanahair.

Yang paling utama ialah memupuk ikatan sosial dan perpaduan negara dengan sebenar-benarnya.

Mohammad Adib adalah mangsa jenayah yang ingin merosakkan kehidupan berbangsa dan bernegara di negara ini. Mereka ingin menimbulkan ketegangan antara kaum atas isu yang bukan pun bersifat perkauman. Mereka yang bertindak atas emosi dan bukan akal yang waras. 

Jadi, Adib mesti menjadi inspirasi untuk kita mencari jalan kesatuan Malaysia yang lebih unggul dan bukan hidup berbangsa-bangsa yang menjauhkan. Jika tidak, pemergian Adib dalam usaha mewujudkan keharmonian itu akan menjadi sia-sia.

Kita mesti menjadikan insiden yang menimpa Adib sebagai pendorong untuk kita melakukan apa jua bagi membanteras segala bentuk sentimen prejudis terhadap mana-mana agama, bangsa dan latar belakang kepercayaan.

Negara ini milik semua dan kita mesti mempunyai rasa kepunyaan terhadap satu sama lain. Adib seharusnya mengingatkan kita bahawa semua rakyat Malaysia mesti hidup dalam keadaan rukun dan damai agar tiada lagi ‘Adib’ kedua dan ketiga selepas ini. 

Keempat, kita harus mengenang Adib kerana ada cerita lain dari politik memualkan di Malaysia yang dipanggil baru ini.

Adib adalah cerita keberanian, dedikasi dan pengorbanan. Adib adalah cerita anak muda yang berkhidmat demi cintanya pada tanah air.

Tidak ramai anak muda yang ingin mengabdikan hidup menjadi penyelamat dan petugas kemanusiaan sepertinya. Ramai sahaja anak muda yang memilih hidup dengan limpahan kewangan, prestij dan kesenangan.

Tetapi almarhum memilih jalan yang sukar. Jalan yang menuntut pengorbanan masa, keringat dan keberanian yang bukan biasa-biasa. Inilah cerita Malaysia yang luar biasa, yang wajar kita ulang dan ingat hasil pengorbanan insan yang istimewa seperti Adib dan rakan-rakanya. 

Kepada ahli politik di Malaysia, kalian harus mengambil teladan dari Adib. 

Berilah sumbangsih pada Malaysia ini dan hentikan ‘politiking’. Malaysia memerlukan pemimpin yang akan melakukan pengorbanan dan bukanya sentiasa mengejar kuasa dan pengaruh. Malaysia bukan hanya tentang siapa paling berkuasa, tetapi tentang siapa yang paling banyak menyumbang dan memberi.

Yang pasti, Adib memberikan saya perspektif baru dalam menyumbang. Bahawa kita tidak memerlukan hanya kuasa untuk berbakti. Sekecil mana pun kita, di peringkat mana pun kita, kita semua berada dalam kedudukan terbesar untuk memberi kepada negara.

Yang kita perlukan adalah kesungguhan untuk melakukan perkara yang benar dan betul.

Tidak ramai mereka yang menjadi tersohor kerana kerja ikhlas mereka setelah mereka pergi. Adib adalah teladan terpencil.

Terakhir, marilah kita mengenang Adib dengan meneruskan kerja baiknya.

Kita harus mengajak anak muda Malaysia menyumbang kudrat mereka kepada Malaysia yang kita kasihi ini. Malah sesiapa sahaja. Yang tua, yang berada, yang tidak mempunyai apa-apa. Marilah kita melakukan kerja baik. Kerana, biar apa pun yang kita punyai atau tidak punyai, kita semua punyai satu rumah yang kita kongsi. Yang kita panggil Malaysia.

Marilah menyumbang kerja baik untuk negara ini. Kerja baik yang walau sekecil dan sebesar mana pun, tidak dipolitikkan.  Kerja baik yang kita harap akan mendatangkan kebaikan.

Kepada Mohammad Adib, sesuai gelar namamu, seorang yang beradab, santun serta berbudi pekerti tinggi, insya-Allah ‘budi pekerti’mu pada tanahair, akan kami kenang selagi ada hayat.

Hari ini, keluargamu dan kami semua pulangkan dirimu kepada ibu pertiwi. Pulanglah dan bertemulah dengan Penciptamu dengan keadaan Dia redha dan menerimamu sebagai hamba-Nya yang dikasihi.

Kami memulangkanmu dengan rasa sangat terhutang budi.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, hari ini, esok dan seterusnya, marilah kita mengenang Adib. Adib adalah cerita tentang anak muda. Yang jiwanya pada bangsa, pada negara. Jangan kita sia-siakannya.

Adib, terima kasih. 

Al-Fatihah.

Related Posts

The Alphabet Soup of Malaysia’s Economic Recovery

February 21, 2021

February 21, 2021

By Benedict Weerasena When I was young, I thoroughly enjoyed a bowl of Alphabet soup. The delight in choosing which...

Countering Violent Extremism in Malaysia

October 26, 2018

October 26, 2018

Summary of “The Role of Universities and Schools in Countering and Preventing Violent Extremism: Malaysian Experience.” written by Ahmad El-Muhammady published...

International Engagement in Taiwan

October 10, 2019

October 10, 2019

Located nearly 3,000 kilometres apart, it is easy to assume that Malaysia and Taiwan have very little history in common....

Afghanistan Post US Military Withdrawal: The Prospect of Peace

July 29, 2021

July 29, 2021

In a strategic partnership, Bait Al-Amanah (House of Trust) and Afghan Peace Mediation Team are organizing a virtual conference themed...

MASA UNTUK MENGEMBALIKAN DEMOKRASI DAN TADBIR URUS YANG BAIK

July 29, 2021

July 29, 2021

Versi Bahasa Malaysia Seluruh negara kini menyaksikan tipu muslihat ahli eksekutif Parlimen yang membingungkan mengenai pembatalan Ordinan Darurat dengan penuh...

A Neglected Dimension of the New Southern Policy: Multilayered Middle-Power Diplomacies

January 21, 2021

January 21, 2021

* Image Source: Korea Net Since the New Southern Policy (NSP) was launched in November 2017, much attention has been...

Bakat Tunjang Dekad Baharu Johor

February 27, 2018

February 27, 2018

ASPIRASI Dekad Baharu Johor yang menjadi teras utama dalam Amanat Menteri Besar Johor 2018 yang disampaikan baru-baru ini masih menjadi...

Parlimen Perlu Undi Pelan Pemulihan Negara dan Pinda Peraturan Mesyuarat untuk Membenarkan Mesyuarat Jawatankuasa Parlimen Secara Maya atau Hibrid

July 28, 2021

July 28, 2021

Kenyataan Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional 27 Julai 2021 1. Kami, selaku kumpulan masyarakat madani yang menandatangani kenyataan ini, mencadangkan...

Weekly Economic Update (Week 1 of January 2020)

January 6, 2020

January 6, 2020

A. Malaysian Economy  Malaysian Well-Being Index 2018 (MyWI) (published on 24th Dec 2019)  (Source: DOSM) MyWI increased 0.8 per cent to...

Weekly Economic Update (Week 2 of January 2020)

January 13, 2020

January 13, 2020

*Source: Fair Observer India restricts imports of palm oil from Malaysia  On the 8th of January 2020, India imposed curbs on refined...

SEED Community: Allow parliamentary committees to meet

July 23, 2021

July 23, 2021

*This article was published in MalaysiaKini A coalition of civil society groups has urged the authorities to allow Standing Committees...

Global Economy in Transition

January 28, 2019

January 28, 2019

Prosperity. Sustainability. Security. All rely on global economic cooperation, so how can we can we shape a more equitable and...

THINK TANKS: Urgently Address Workplace Clusters to Avoid Klang Valley Catastrophe in Other States

August 20, 2021

August 20, 2021

*Picture Credit: Azneal Ishak Bait Al-Amanah and The Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) call upon the incoming government...

Ucapan Belanjawan 2020 Parlimen Malaysia

October 31, 2019

October 31, 2019

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) dalam Ucapan Ketua Pembangkang telah mengutarakan ketiadaan peruntukan untuk projek berimpak tinggi...

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *