April 22, 2021 House of Trust

Masa Depan dan Kelangsungan FELDA

Kepentingan FELDA dalam fabrik sosial dan ekonomi Malaysia adalah suatu perkara yang tidak memerlukan perbahasan. Namun, masa depan dan kelangsungannya terus menerus mengundang keresahan dan jalan buntu. Sehingga kini kita masih belum benar-benar tampil dengan satu pelan yang komprehensif.

Jika dinilai secara objektif, FELDA mempunyai sumbangan besar dan rekod yang luar biasa. Ia merupakan program pemansuhan kemiskinan dan penyusunan masyarakat yang sangat inovatif dan berjaya. Malah diiktiraf di peringkat global. Pada masa yang sama, FELDA adalah satu segmen ekonomi yang besar. Yang menjadi penggerak kepada industri sawit dan getah Malaysia. 

Dalam konteks yang lebih besar, FELDA turut hadir sebagai instrumen pembangunan luar bandar yang sangat tersusun dan strategik. FELDA telah banyak mengubah kedinamikan kawasan luar banda. Lebih-lebih lagi tanah rancangan FELDA adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Dan memandangkan kawasan luar bandar rata-ratanya dihuni masyarakat Melayu dan Bumiputera, FELDA secara tidak langsung menjadi sebahagian daripada agenda Melayu dan Bumiputera yang bersifat nasional.

Walau bagaimanapun, terdapat rangkaian isu yang terus berulang dan masih tidak diuruskan dengan baik. Sama ada di peringkat sesebuah rancangan FELDA sendiri sehingga kepada pengurusan ibu pejabat dan strukturnya. 

Isu Berlarutan

Jadi, kita tidak akan pelik jika sehingga kini, masyarakat FELDA serta ahli politik akan bercakap tentang perubahan harga minyak dalam pasaran serta impak besarnya kepada pendapatan para peneroka. Isu ini bukan sekadar isu pendapatan. Malah, ia adalah isu ekonomi yang turut memberi kesan kepada negara secara keseluruhannya. 

Menurut Majlis Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB), harga minyak sawit mentah (hantaran tempatan) menurun dari RM2,324/tan pada Jun 2018 kepada RM1,794.50/tan pada Disember 2018. Untuk separuh bulan pertama Oktober 2018, pakar penyelidik Intertek telah melaporkan bahawa eksport minyak sawit dari Malaysia telah jatuh sebanyak 32.8% berbanding bulan lepas. Jumlah eksport minyak sawit untuk tempoh ini hanya 505,000 tan, jauh lebih rendah daripada eksport 690,000 tan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Itu belum lagi kita melihat isu-isu yang lebih mikro seperti program perumahan untuk generasi kedua, kerumitan serta longgokan kes pewarisan tanah dan hak milik tanah yang tertangguh, ketiadaan peluang pekerjaan yang berkualiti kepada generasi FELDA yang bukan peneroka, hutang para peneroka yang sebelum ini dijanjikan akan terhapus selepas kemenangan Pakatan Harapan dan skandal tadbir urus FELDA dan FGV. 

Kesemua ini bukan isu baru, juga bukan sekadar isu lama. Tetapi isu yang semakin meruncing dan menuntut fokus dan perhatian khas daripada Kerajaan, FELDA, pemimpin-pemimpin Melayu, pakar ekonomi dan semua pihak berkenaan yang lain.

Realiti Pahit

Pada pertengahan 2017, kaji selidik yang dijalankan oleh Bait Al-Amanah di seluruh FELDA Johor (72 tanah rancangan dengan kira-kira 400 responden di setiap rancangan) menemukan beberapa dapatan yang akan menggusarkan. 

Pertama, kualiti hidup dan kemudahan awam di kebanyakan FELDA tidak banyak yang bertambah baik. Masih dalam keadaan yang boleh disifatkan ‘sekadar ada’ dan ‘asal boleh’. 55.4% responden yang terdiri daripada peneroka FELDA dan ahli keluarga FELDA (FED Johor) adalah termasuk dalam golongan B40 yang mempunyai pendapatan isi rumah hanya antara RM1,000 – RM3,000. Dan majoriti responden (lebih 85%) menyatakan kerisauan terhadap masalah sosial yang teruk di kawasan FELDA terutamanya penagihan dadah.

Pada Februari 2019, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyatakan bahawa penempatan FELDA adalah antara kawasan berisiko tinggi penyalahgunaan dadah. Statistik AADK Pahangpada 1 Januari hingga 31 Ogos 2017 merekodkan yang daripada 5,382 penagih di negeri Pahang, 1,743 adalah dari kawasan FELDA. Ini bermakna 30% penagih dadah dari kawasan FELDA.

5 Tindakan Segera.

Adalah kritikal untuk Kerajaan semasa memandang serius perkara ini. Semua pihak perlu segera untuk duduk semeja dan mencari formula penyelesaian yang bukan sahaja praktikal, tetapi inovatif, lestari dan berkesan. 

Misalnya, pertama, mencari model baharu yang lebih sesuai dan lestari (sustainable) untuk FELDA. Dengan adanya model perniagaan yang dikemaskini dan lestari, ia sudah pasti dapat membetulkan prestasi dan imej FELDA yang menurun seperti kebergantungan yang kritikal kepada kerajaan, ketiadaan daya tahan terhadap naik turun pasaran komoditi dunia dan daya rintang yang lemah terhadap faktor-faktor luar kawalan seperti bencana alam, wabak penyakit dan perubahan iklim.

Kedua, perhatian dan fokus mesti diberikan kepada ikhtiar mewujudkan satu pelan khusus berhubung pendekatan pembangunan sosial dan kesejahteraan hidup secara keseluruhan. Antara contoh yang boleh dirujuk dan diperkemas adalah inisiatif Kerajaan Negeri Johor sebelum ini di bawah Dato Seri Khaled Nordin yang telah memulakan beberapa perkara. Antaranya pembiayaan penyelenggaraan sekolah-sekolah agama di seluruh FELDA, peruntukan di bawah Tabung Latihan Kemahiran Johor untuk tujuan latihan anak muda FELDA dan cadangan jawatankuasa khas bagi menyelesaikan isu pewarisan tanah. 

Inisiatif-inisiatif seperti ini tetap dilakukan oleh Kerajaan Negeri sekalipun menyedari bahawa FELDA adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Jadi, ia perlu diperbanyak dan diperluas. Sekalipun sangat baik dan progresif, semua itu sudah pasti tidak mencukupi. Hakikatnya FELDA memerlukan lonjakan dan sentuhan baharu yang jauh lebih segar dan terkini.

Ketiga, kita sebenarnya memerlukan strategi baharu untuk menjadikan FELDA sebagai nadi luar bandar yang bernilai tinggi. Dan ia mesti digerakkan oleh anak-anak FELDA sendiri. Barangkali sudah tiba masanya untuk kita mengkaji selidik sejauh manakah anak-anak muda dan generasi baharu FELDA yang masih berminat untuk kekal di FELDA dan membangunkannya.

Keempat, FELDA (pengurusan pusat) dan warganya memerlukan perubahan mentaliti dan budaya kerja. FELDA dan warganya harus menjadi lebih entrepreneurialdan berani mengambil risiko untuk meneroka peluang baharu. Sektor perladangan seharusnya menjadi sektor yang lumayan dan stabil. Tetapi, mentaliti dan budaya kerja yang betul mesti dibangunkan agar ia tidak dilihat sebagai sekadar tanaman sara diri untuk memberikan hasil yang mininum sahaja.

Kelima, Menteri Komoditi Utama, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Kerajaan-kerajaan Negeri serta pihak pengurusan FELDA mesti membentuk pasukan khas bagi memeta jalan ke hadapan yang jelas dan radikal. 

FELDA bukan sekadar tanah perladangan. FELDA adalah legasi besar dalam sejarah dan perkembangan sosial negara kita. Ia mesti dipertahan dan dibantu dengan selayaknya.

*Artikel ini telah diterbitkan dalam Utusan Malaysia

Related Posts

Children Without: A study of urban child poverty and deprivation

February 28, 2018

February 28, 2018

This study, published by United Nations Childrens’ Fund, Malaysia, based on the sample of urban poor in low-cost ats in Kuala Lumpur...

Time for Recall Elections

April 7, 2021

April 7, 2021

By Hariz Mohd (Malaysia Kini) It is time Malaysia implements recall elections to address the issue of party-hopping among elected...

Saranan Cukai Kekayaan

January 2, 2019

January 2, 2019

“Cukai progresif adalah kunci untuk memacu pertumbuhan ekonomi sambil menutup jurang antara golongan kaya dan miskin.” Joseph Stiglitz, pemenang Hadiah...

Malaysia, Don’t Forget Libya

April 7, 2021

April 7, 2021

*Photo Credit: AFP By Dr Abdul Razak Ahmad On February 5, 2021, the UN-assembled Libyan Political Dialogue Forum (LPDF) appointed...

MB Johor : Ucapan Tahun Baru Cina 2018

February 15, 2018

February 15, 2018

Post Views: 397

Weekly Economic Update (Week 1 of February 2020)

February 5, 2020

February 5, 2020

I. Bank Negara Malaysia reduces Overnight Policy Rate[1] (OPR) to 2.75 percent 25 basis point reduction (second time in less than 6...

Covid-19: Act Fast & Do Whatever it Takes!

March 24, 2020

March 24, 2020

As of March 24th 2020, there are already over 384,000 cases of Coronavirus worldwide, with 16,591 deaths. Though over 102,000...

Teks Penuh Ucapan Bajet Johor 2018

November 28, 2017

November 28, 2017

Post Views: 518

20 Perkara Johor No. 1

March 27, 2018

March 27, 2018

*Kredit Video : Arttouch Creative & Trading *Gambar dipetik daripada Astro Awani   Johor No.1 Johor merupakan negeri Melayu pertama...

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Q1, 2019

May 16, 2019

May 16, 2019

Jabatan Perangkaan Malaysia telah melaporkan Prestasi Ekonomi Malaysia suku tahun pertama 2019 pada 16 Mei 2019. Secara keseluruhannya, Ekonomi Malaysia...

Asia-Pacific Region increasingly favors Green Investment

April 14, 2021

April 14, 2021

*Picture Credit: Insurance Business America Original article in Chinese published in People’s Daily China by Liu Hui (correspondent in Thailand)...

Response to the Ministry of Economic Affairs Performance Report 2019

January 28, 2020

January 28, 2020

Recently, the Ministry of Economic Affairs (MEA) published a report on the ministry’s initiatives, achievement and performance in Malaysia’s socio-economic...

MIER: 2.4 million Job Losses under Worst Case Scenario

March 30, 2020

March 30, 2020

As of March 30th 2020, Malaysia recorded 156 new Covid-19 cases, bringing the total number to 2,626. The good news...

Pasir Gudang: Time to Improve Environmental Quality Act

October 4, 2019

October 4, 2019

Regulations under the Environmental Quality Act on the limits of contaminants that can be discharged into rivers need immediate improvement,...

Ucapan Belanjawan 2020 Parlimen Malaysia

October 31, 2019

October 31, 2019

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) dalam Ucapan Ketua Pembangkang telah mengutarakan ketiadaan peruntukan untuk projek berimpak tinggi...

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *