December 1, 2020 House of Trust

Laporan Tenaga Buruh Mei 2020

*Sumber Gambar: proton.com

Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengemukakan laporan tenaga buruh bagi bulan Mei 2020. Laporan ini memberikan gambaran mengenai situasi berkenaan tenaga buruh negara seperti kadar pengangguran, penduduk bekerja, kadar penyertaan tenaga buruh, dan bilangan tenaga buruh.

Beberapa sorotan laporan termasuk:

a) Kadar pengangguran terus meningkat 0.3 mata peratus bagi perbandingan bulan ke bulan kepada 5.3 peratus berikutan bilangan penganggur meningkat sebanyak 47.3 ribu kepada 826.1 ribu orang. Peningkatan bulanan bilangan penganggur pada Mei 2020 ini adalah lebih rendah berbanding peningkatan yang dicatatkan bagi Mac ke April, iaitu sebanyak 168.3 ribu orang.

b) Penduduk bekerja mencatatkan penurunan marginal 0.3 peratus (April 2020: -2.0%) bulan ke bulan kepada 14.89 juta orang. Selari dengan ini, nisbah guna tenaga kepada penduduk yang memberikan maklumat mengenai kemampuan ekonomi untuk mewujudkan guna tenaga terus menurun sebanyak 0.4 mata peratus kepada 64.4 peratus.

c) Penduduk bekerja yang terjejas adalah dalam sektor Perkhidmatan; terutamanya industri yang berkaitan dengan pelancongan, perancang acara, aktiviti sukan & rekreasi, serta sektor Pembinaan.

d) Bilangan bekerja sendiri terus menurun sejak Mac 2020 mencatatkan seramai 2.42 juta orang pada Mei 2020. Kebanyakannya adalah bekerja secara gaji harian di pasar tani, pasar malam dan gerai makanan; freelancers serta pekebun kecil.

e) Bilangan tenaga buruh meningkat secara marginal sebanyak 1.8 ribu orang berbanding April 2020 kepada 15.71 juta orang. Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada Mei 2020 berada pada 68.0 peratus, mencatatkan penurunan 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya berikutan aliran keluar tenaga buruh yang terus meningkat.

f) Bilangan luar tenaga buruh mencatatkan aliran masuk sebanyak 47.0 ribu orang berbanding April 2020. Ini membawa kepada jumlah sebanyak 7.39 juta orang. Lebih 80 peratus daripada luar tenaga buruh kerana kerja rumah/ tanggungjawab keluarga dan bersekolah.

Untuk maklumat lanjut, Laporan Tenaga Buruh Malaysia Mei 2020 dilampirkan bersama.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Related Posts

Pasir Gudang: Time to Improve Environmental Quality Act

October 4, 2019

October 4, 2019

Regulations under the Environmental Quality Act on the limits of contaminants that can be discharged into rivers need immediate improvement,...

MIER: 2.4 million Job Losses under Worst Case Scenario

March 30, 2020

March 30, 2020

As of March 30th 2020, Malaysia recorded 156 new Covid-19 cases, bringing the total number to 2,626. The good news...

Let’s Talk About The Race Card

February 11, 2019

February 11, 2019

After admitting defeat, the vanquished M Manogaran accused the Barisan Nasional campaign machinery of playing up racial sentiments to win...

Ucapan Belanjawan 2020 Parlimen Malaysia

October 31, 2019

October 31, 2019

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) dalam Ucapan Ketua Pembangkang telah mengutarakan ketiadaan peruntukan untuk projek berimpak tinggi...

Weekly Economic Update (Week 3 of January 2020)

January 22, 2020

January 22, 2020

I. Retrenchment & Downsizing in 2020 Malaysia’s unemployment rate could rise from 3.3% to between 3.4% and 3.6% in 2020...

Pendidikan Berorientasikan Industri: Bersediakah Malaysia?

December 16, 2019

December 16, 2019

Revolusi Industri 4.0(IR4.0) merupakan agenda utama dunia pada masa kini. Artikel bertajuk You Will Lose Your Job To A Robot –...

Ascending China: Implications

July 16, 2019

July 16, 2019

The rise of China is certainly impressive and unprecedented. Its outstanding advancement in recent decades provides much reason for its...

Team Johor – The Spirit of Volunteerism

January 10, 2018

January 10, 2018

Volunteerism has no expiry date.  Doing good has no time limit. It is something we do every time the opportunity...

Ke Arah Kemapanan Pasir Gudang

September 19, 2019

September 19, 2019

Selaku penduduk Pasir Gudang, saya sentiasa terpanggil dan mengikut rapat perkembangan insiden pencemaran berulang di kawasan ini. Isu ini nampaknya...

Response to the Ministry of Economic Affairs Performance Report 2019

January 28, 2020

January 28, 2020

Recently, the Ministry of Economic Affairs (MEA) published a report on the ministry’s initiatives, achievement and performance in Malaysia’s socio-economic...

By the Children, With The Children, For The Children

November 25, 2019

November 25, 2019

“Dear adults, please listen to us. Please listen to our voices. Let’s work together.” Those were simple but powerful words...

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Q1, 2019

May 16, 2019

May 16, 2019

Jabatan Perangkaan Malaysia telah melaporkan Prestasi Ekonomi Malaysia suku tahun pertama 2019 pada 16 Mei 2019. Secara keseluruhannya, Ekonomi Malaysia...

Ucapan MB: Majlis Penyerahan Hakmilik Tanah FELDA Pemanis 2

January 16, 2018

January 16, 2018

TEKS UCAPAN YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN MENTERI BESAR JOHOR SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN HAKMILIK TANAH FELDA PEMANIS 2 DI DEWAN...

International Affairs Update (Week 1 of January 2020)

January 8, 2020

January 8, 2020

A. Singapore i) Digital Tax Singapore started imposing GST on overseas digital services at the current standard rate of 7%,...

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Bajet Johor 2018

November 24, 2017

November 24, 2017

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Bajet Johor 2018 Post Views: 223

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *