March 8, 2021 House of Trust

Kepentingan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974: Forum Halatuju Isu Pencemaran Pasir Gudang

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 perlu dipinda bagi menangani kejadian pencemaran di negara ini khususnya seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Pakar Kualiti Air dan Permodelan, Ir Dr Zaki Zainudin berkata, langkah merombak akta tersebut merupakan usaha mapan pada masa kini.

“Masalahnya sekarang ini, Akta Kualiti Alam Sekeliling itu, dari segi pelepasan dari industri, dari kilang, kita hanya mengawal dari segi kepekatan…sedangkan kita tidak mengawal beban pencemaran itu.

Dr Zaki Zainudin membentangkan perspektifnya tentang isu pencemaran Pasir Gudang

“Sebenarnya, kalau kita hendak pastikan setiap sungai itu kekal bersih atau pun tidak tercemar, maka, kita mesti mengawal bebannya sebab beban ini mengambil kira saiz sungai, berapa banyak bahan pencemaran dilepaskan dan bukannya hanya dari segi kepekatan.”

Ir Dr Zaki Zainudin

“Kalau di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan, itulah pendekatan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Forum Halatuju Isu Pencemaran Pasir Gudang di sini semalam.

Selain Zaki, forum tersebut turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Teknologi Universiti Sains Malaysia, Dr Japareng Lalung; Felo Pelawat Kajian Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS), Yusof Ishak, Dr Serina Abdul Rahman; dan Naib Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Vincent Chow Kok Yow.

Sesi Bergambar bersama Moderator Abel Benjamin Lim, Wakil Penganjur Mohd Daud Mat Din, panelis Vincent Chow, Dr Japareng Lalung, Dr Zaki Zainuddin dan Dr Serina Rahman

Zaki berkata, selain meminda akta, beliau turut menyarankan pihak berwajib supaya menjalankan kajian di kawasan-kawasan industri yang mungkin berisiko mengalami pencemaran seperti Pasir Gudang.

“Kita ada banyak kawasan industri di Malaysia. Walaupun setakat ini kejadian pencemaran paling teruk adalah di Pasir Gudang tetapi tidak bermakna tiada kawasan lain yang tidak berisiko.

Ketika ditanya cara kerajaan negeri menangani pencemaran di Pasir Gudang, Zaki berkata, kerajaan negeri sudah melakukan sedaya upaya.

“Kita kena faham, hendak tentukan punca pencemaran di Pasir Gudang memang sangat susah sebenarnya.”

Ahli Panelis mendengar soalan pertanyaan dari peserta Forum

“Bagi saya mereka (Kerajaan Johor) pun tidak sangka yang perkara ini akan berlaku. Jadi, untuk masa akan datang, lebih baik kita jalankan kajian untuk kawasan lain dari sekarang supaya tidak kelam-kabut,” katanya.

Menurut Zaki, bagi menangani kejadian di Pasir Gudang juga, ia memadai dengan menggunakan kepakaran tempatan memandangkan negara mempunyai pelbagai tenaga pakar merangkumi kualiti udara, air, kesihatan dan sebagainya.

Mengenai pandangan sesetengah pihak supaya Sungai Kim Kim ditimbus, Zaki menyifatkan ia sesuatu yang tidak wajar dan menegaskan ia tidak boleh ditimbus kerana laluan semula jadi air.

“Kalau timbus, takut nanti banjir. Bagi saya, langkah paling efektif adalah kawal di punca pencemaran itu. Itu langkah yang paling mampan.

Sesi Bergambar Panelis bersama pihak penganjur

*Sumber Artikel: BERNAMA

Related Posts

Weekly Economic Update (Week 2 of January 2020)

January 13, 2020

January 13, 2020

*Source: Fair Observer India restricts imports of palm oil from Malaysia  On the 8th of January 2020, India imposed curbs on refined...

Pesan kepada Umno untuk 2020

December 18, 2019

December 18, 2019

TAHUN 2019 bakal melabuhkan tirainya. Tahun hadapan, bermulalah dekad baharu bagi kalendar Gregorian. Bersamanya juga tiba seribu satu perubahan tatakelola...

Media Statement: Budget 2020 Roundtable Dialogue

September 18, 2019

September 18, 2019

The Bipartisan Budget 2020 Roundtable Dialogue with the Theme “United We Tack to Avoid Potential Recession” was successfully held on...

A Call to Action

May 9, 2019

May 9, 2019

Al-Sharq Youth Conference 2019 For the first time ever, Malaysia was chosen to be the host of the 2019 Al-Sharq...

A Tribute to Dr Tetsu Nakamura

December 11, 2019

December 11, 2019

We would like to extend our sincere condolences to the family, friends and colleagues of Dr Tetsu Nakamura, a man...

Pendidikan Berorientasikan Industri: Bersediakah Malaysia?

December 16, 2019

December 16, 2019

Revolusi Industri 4.0(IR4.0) merupakan agenda utama dunia pada masa kini. Artikel bertajuk You Will Lose Your Job To A Robot –...

Dilema Kelapa Sawit

January 20, 2020

January 20, 2020

Mungkin kerajaan hari ini lupa bahawa ekonomi rakyat kebanyakan adalah ekonomi pertanian. Ia adalah denyut nadi dan rezeki utama rakyat...

Johor Peruntukan 1 Juta Untuk Usahawan Digital Cina

January 22, 2018

January 22, 2018

Pada 22 Oktober 2017 telah diadakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Dana Usahawan Digital kepada Belia Tiong Hua. Majlis tersebut...

Countering Violent Extremism in Malaysia

October 26, 2018

October 26, 2018

Summary of “The Role of Universities and Schools in Countering and Preventing Violent Extremism: Malaysian Experience.” written by Ahmad El-Muhammady published...

Pasir Gudang: Time to Improve Environmental Quality Act

October 4, 2019

October 4, 2019

Regulations under the Environmental Quality Act on the limits of contaminants that can be discharged into rivers need immediate improvement,...

Weekly Economic Update (Week 1 of January 2020)

January 6, 2020

January 6, 2020

A. Malaysian Economy  Malaysian Well-Being Index 2018 (MyWI) (published on 24th Dec 2019)  (Source: DOSM) MyWI increased 0.8 per cent to...

Wajarkah jurang gaji CEO dan pekerja semakin melebar?

August 7, 2019

August 7, 2019

TAHUN lepas, lima syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan antara 20 syarikat dalam Bursa Malaysia yang memberi gaji ketua pegawai eksekutif (CEO)...

By the Children, With The Children, For The Children

November 25, 2019

November 25, 2019

“Dear adults, please listen to us. Please listen to our voices. Let’s work together.” Those were simple but powerful words...

China’s Belt And Road Initiative: Opportunity Or Threat?

December 17, 2018

December 17, 2018

As an ambitious effort to enhance regional cooperation and connectivity on a trans-continental scale, the Belt and Road Initiative (BRI)...

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *