March 8, 2021 House of Trust

Johor Wifi: Internet Percuma Untuk Semua

Dalam revolusi budaya siber, banyak perubahan berlaku khususnya dalam pembangunan teknologi komunikasi dan maklumat. Perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat yang semakin pesat bukan sahaja memberi kesan positif kepada masyarakat untuk lebih maju ke hadapan. Tetapi ia adalah satu gelombang yang tidak boleh dihalang atau dihentikan. Ia adalah satu fenomena global. Dan ia akan menjadi semakin rancak dan pesat.

*Gambar dipetik daripada MyNewsHub

Jalur lebar tanpa wayar atau bahasa mudahnya wifi misalnya, bukan lagi suatu perkara yang asing dalam kehidupan seharian. Tanpa kita sedari, wifi sudah menjadi satu keperluan yang kritikal bagi sebahagian besar masyarakat kita. Tidak kiralah apa bidang pekerjaan, latar belakang bangsa atau status sosial, wifi atau kemudahan Internet adalah sesuatu yang menjadi keperluan kepada semua orang. Termasuklah kita di Johor.

Tanpa jaringan Internet yang baik, ia bukan sahaja menyukarkan komunikasi. Malah boleh membantutkan banyak perkara seperti transaksi komersial dan perniagaan, proses pembelajaran serta urusan harian agensi Kerajaan dan swasta.

Sehubungan dengan itu, adalah penting untuk kita menganalisis kepekaan serta keprihatinan Kerajaan Negeri berhubung perkara ini. Adakah ia diberikan perhatian yang sewajarnya? Atau sebaliknya?

Secara asasnya, Johor adalah antara negeri terawal yang menyediakan kemudahan wifi percuma kepada rakyatnya. Inisiatif yang dikenali sebagai Johor Wifi ini mula diperkenalkan semasa era pentadbiran Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin sebagai Menteri Besar Johor.

Kemudahan ini seterusnya diperluas dan diperbaiki saban tahun seperti yang dapat dilihat dalam kesemua pembentangan Bajet Negeri Johor dari tahun 2016 hingga 2018.

Pada tahun 2016, iaitu tahun pertama pengenalan Johor Wifi, sebanyak 135 hotspot telah dipasang di sekitar 16 kawasan PBT terpilih dengan peruntukan sebanyak RM4.4 juta.

Inisiatif ini bukan sahaja satu permulaan yang baik. Malah ia tidak hanya tertumpu di kawasan bandar, tetapi turut mencakupi kawasan luar bandar.

Pada tahun 2017, Johor Wifi telah diperluaskan ke lebih banyak kawasan luar bandar dengan pemasangan sebanyak 50 hotspot lagi di daerah-daerah yang terlibat. Manakala sebanyak 20 hotspot baharu dipasang dan naik taraf kapasiti kelajuannya di 135 lokasi PBT seluruh Johor.

Menyedari pemintaan terhadap kehendak internet di kawasan bandar meningkat maka Kerajaan Negeri memperkenalkan pakej premium Johor Wifi. Pakej ini menyediakan perkhidmatan Johor Wifi melalui sistem prabayar yang bernilai RM5 dan RM10.

Perkhidmatan ini diperkenalkan bagi membolehkan pengguna mendapat capaian internet pada kelajuan internet yang lebih tinggi mengikut tempoh yang ditetapkan.

Terbaru, dalam Bajet 2018, Kerajaan Negeri mengumumkan untuk memperluaskan rangkaian wifi ke 70 lokasi lagi. Pelaksanaan pada tahun ketiga ini turut melibatkan kerjasama dan sumbangan Syarikat Berkaitan Kerajaan milik Kerajaan Negeri Johor iaitu Johor Corporation dengan pertambahan pemasangan sebanyak 768 hotspot.

Usaha baik ini bukan sahaja mampu merancakkan komunikasi dan melancarkan urusan harian. Malah bertujuan merapatkan jurang teknologi antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Kita harus melihat segala inisiatif besar ini dari beberapa sudut.

Pertama, benar, sudah pastilah Johor Wifi ini merupakan satu inisiatif masih belum sempurna. Akan ada kekurangan dan kelemahan pelaksanaannya di sana sini. Namun, setidak-tidaknya ini adalah satu langkah awal yang sangat positif dan progresif.

Kedua, sebagai masyarakat awam di Johor, adalah penting untuk kita mengambil faedah dan memanfaatkan segala kemudahan ini dengan sebaiknya. Janganlah ia disalah guna dan dipersiakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan pulangan yang baik.

Ketiga, perkara seperti ini harus dijadikan sandaran dan ukuran untuk kita menilai prestasi sesebuah Kerajaan. Ia boleh menjadi petunjuk yang munasabah untuk menggambarkan tahap keprihatinan pemerintah kepada masyarakat umum.

Yang pasti, masyarakat Johor boleh tersenyum bangga dan menarik lafaz lega. Kerana dalam kebanyakan hal yang melibatkan aspek kemaslahatan serta kesejahteraan sosial, negeri ini sudah jauh terkehadapan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia, termasuklah Selangor dan Pulau Pinang.

*Artikel ini juga telah diterbitkan di MalaysiaKini dan Berita Daily 

Related Posts

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Q1, 2019

May 16, 2019

May 16, 2019

Jabatan Perangkaan Malaysia telah melaporkan Prestasi Ekonomi Malaysia suku tahun pertama 2019 pada 16 Mei 2019. Secara keseluruhannya, Ekonomi Malaysia...

Khazanah’s New Developments: An Analysis

August 6, 2018

August 6, 2018

As a valuable sovereign wealth fund driven by the best and brightest Malaysians, Khazanah has successfully pursued its vision ‘to...

MB Johor : Ucapan Tahun Baru Cina 2018

February 15, 2018

February 15, 2018

Post Views: 350

Bajet 2018: Mahasiswa Adalah Masa Depan Johor

November 24, 2017

November 24, 2017

Bajet 2018: Mahasiswa Adalah Masa Depan Johor Post Views: 329

Ke Arah Kemapanan Pasir Gudang

September 19, 2019

September 19, 2019

Selaku penduduk Pasir Gudang, saya sentiasa terpanggil dan mengikut rapat perkembangan insiden pencemaran berulang di kawasan ini. Isu ini nampaknya...

Mengenang Mohammad Adib

December 18, 2018

December 18, 2018

Malam tadi Mohammad Adib bin Mohd Kassim telah pergi untuk selamanya.  Pepatah Inggeris ada berbunyi “only the good die young”. Pepatah...

20 Perkara Johor No. 1

March 27, 2018

March 27, 2018

*Kredit Video : Arttouch Creative & Trading *Gambar dipetik daripada Astro Awani   Johor No.1 Johor merupakan negeri Melayu pertama...

MIER: 2.4 million Job Losses under Worst Case Scenario

March 30, 2020

March 30, 2020

As of March 30th 2020, Malaysia recorded 156 new Covid-19 cases, bringing the total number to 2,626. The good news...

FELDA di Landasan Betul

January 17, 2018

January 17, 2018

“Tan Sri Shahrir Abdul Samad, ikon politik yang berwibawa dan disegani. Perjuangannya, peribadinya dan khidmat baktinya adalah cerminan dan terjemahan...

Ascending China: Implications

July 16, 2019

July 16, 2019

The rise of China is certainly impressive and unprecedented. Its outstanding advancement in recent decades provides much reason for its...

International Affairs Update (Week 1 of January 2020)

January 8, 2020

January 8, 2020

A. Singapore i) Digital Tax Singapore started imposing GST on overseas digital services at the current standard rate of 7%,...

Advancing the Silver Economy

April 29, 2019

April 29, 2019

I HAD a conversation with my mum recently over an elderly friend, technology, and getting on with life in this...

Covid-19: Act Fast & Do Whatever it Takes!

March 24, 2020

March 24, 2020

As of March 24th 2020, there are already over 384,000 cases of Coronavirus worldwide, with 16,591 deaths. Though over 102,000...

Thank You New Zealand !

March 27, 2019

March 27, 2019

A Note of Thanks to the People of New Zealand We are deeply grieved by the horrifying terrorist attack in...

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *