December 1, 2020 House of Trust

Jangan “Ghanimahkan” Lantikan Politik

Semua sedia maklum, kini seantero dunia mempunyai hanya satu musuh yang perlu ditewaskan dengan segera, iaitu COVID19. Uniknya di Malaysia, negara ini mempunyai satu lagi musuh yang hendak ditewaskan dengan segera, menjadikan ianya dua isu yang perlu diselesaikan iaitu COVID19 dan lantikkan politik.

Perkara ini mula menjadi hangat seiring dengan hangatnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila beberapa pihak daripada Perikatan Nasional (PN) mendesak individu-­individu yang telah dilantik mengepalai agensi-­agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui lantikakan politik semasa zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) untuk segera berundur atau dipecat (i).

Sedih, sepatutnya fokus semua pihak tidak kira latar belakang politik hanya perlu menentang COVID19 dan menyelesaikan masalah rakyat yang terjejas akibat PKP. Maka beberapa siri pemecetan telah dilaksanakan antaranya pemecatan kesemua Ahli Lembaga Majlis Amanah Rakyat (MARA) (ii), pemberhentian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) (iii), pemecatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) (iv) dan banyak lagi.

Turut tidak terkecuali, Kementerian Wilayah juga sedang melakukan proses penukaran kesemua ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di Kuala Lumpur (v), yang dipercayai dilantik melalui lantikan politik semasa pemerintahan PH (vi). Perkara ini sudah semestinya akan menjejaskan pengagihan bantuan kepada rakyat oleh MPP di tengah-­ tengah penularan wabak COVID19 dan sinergi mereka dengan Ahli Parlimen tempatan. Paling tidak pun tunggulah lepas keadaan negara ini kembali pulih daripada COVID19.

Mungkin, memang menjadi kelaziman atau kebiasaan sesebuah kerajaan melakukan lantikan politik terhadap individu-­individu tertentu ataupun ahli parlimen ke dalam sektor-­sektor berkaitan kerajaan. Tujuannya murni, untuk memastikan sektor-­ sektor ini mencapai piawaian mereka yang selari dengan dasar dan polisi kerajaan (vii). Namun menjadi luar kebiasaan sekiranya kesemua ahli parlimen kerajaan dilantik untuk mengetuai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)!

Tidak pernah lagi sejak kita Merdeka, perkara seperti ini berlaku. Lebih malang, ianya secara terang-­terangan diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Undang-­Undang dan Parlimen, Datuk Takiyuddin Hassan kepada media. Semua ahli parlimen yang tidak memegang mana-­mana jawatan dalam kabinet akan dilantik mengetuai GLC (viii).

Perkara pertama yang amat merisaukan berkaitan kenyataan ini adalah masih terdapat beberapa ahli parlimen dalam blok kerajaan yang sedang menjalani prosiding mahkamah berkaitan kes-­kes pecah amanah, rasuah dan penyelewangan. Antaranya Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak (ix), Dato’ Sri Zahid Hamidi (x), Datuk Seri Tengku Adnan (xi), Dato Sri Bung Moktar Radin (xii) dan beberapa lagi ahli parlimen. Walaupun mereka belum dijatuhkan hukuman dan didapati bersalah, kredibiliti mereka boleh dipersoalkan, apatah lagi jika mereka dilantik ke GLC pada masa hadapan. Lebih ironi, bagaimana perkara ini mampu bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri yang mahu membina kerajaan yang bersih (xiii).

Kekhuatiran ini juga berasas kerana sebelum ini Tan Sri Isa Samad, bekas pemimpin tertinggi UMNO yang didapati bersalah kerana melakukan rasuah ketika pemilihan UMNO pada tahun 2004 (xiv), kembali sekali lagi terkait dengan kes rasuah selepas memegang jawatan sebagai pengerusi Felda beberapa tahun lalu (xv). Perkara ini sudah pasti akan menimbulkan kegusaran kerana rakyat tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Jika Datuk Takiyuddin Hassan mengatakan semua ahli parlimen kerajaan layak untuk memegang semua jawatan GLC, penulis bahkan orang ramai juga berpendapat lebih ramai yang lagi layak daripada ahli parlimen, seperti individu-­individu teknokrat yang berpengalaman luas. Setakat ukuran PhD sahaja tidak cukup memberikan amanah ini. Tidak salah kalau kerajaan melantik seorang dua ahli parlimen yang berkepakaran memegang posisi tertinggi di dalam GLC ataupun melantik beberapa orang ahli dalam parti pemerintah yang bukan ahli parlimen (xvi). Pelantikkan ini juga sepatutnya perlu menterjemahkan komposisi sebenar rakyat Malaysia tanpa dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja (xvii). Namun demikian, agak musykil kenapa perlu diberikan jawatan ini kepada semua ahli parlimen kerajaan.

Tidak kurang juga ada sesetengah pihak malah penganalisis politik melihat isu ini sebagai langkah untuk mengukuhkan kerajaan PN pada hari ini (xviii). Pelantikkan ini juga dilihat sebagai habuan untuk mereka yang menjayakan Langkah Sheraton dan juga dibuat untuk mengelakkan mereka daripada mengalihkan sokongan sekiranya undi tidak percaya terhadap kerajaan diusulkan di parlimen. Sekiranya benar lantikan politik ini dibuat atas dasar tersebut, ianya sama sahaja seperti jenayah rasuah, memberi “ghanimah” kepada yang berjaya menyertai perang. Maka rakyat akan menghukum pada akhirnya.

Apa yang ditentang oleh pihak pembangkang dalam isu ini bukanlah menuntut PN menunaikan janji PH, sebaliknya, menuntut mereka untuk kekal dengan prinsip mereka. Hal ini kerana, salah satu parti kompenen PN, iaitu PAS pada awalnya berpendirian untuk tidak melantik ahli-­ahli politik ke dalam jawatan GLC. Dalam ucapan bekas Ahli Parlimen Temerloh, YB Tuan Haji Nasrudin bin Hasan di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen ke-­ 13 yang lalu, beliau meluahkan rasa kebimbangan terhadap lantikan sedemikian dan bersetuju dengan saranan Lembaga Penasihat SPRM di mana sesuatu lantikan itu perlulah 100% tidak melibatkan ahli politik (xix). Namun, hari ini lain pula pendirian mereka.

Ya, mungkin PH yang memungkiri janji mereka untuk tidak melantik mana-­mana individu ke dalam sektor berkaitan kerajaan melalui lantikan politik. Namun demikian, sekurang-­kurangnya mereka cuba mengubah tradisi ini apabila mantan Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq menetapkan agar pengarah majlis sukan di peringkat negeri tidak dilantik daripada mana-­mana pemimpin politik (xx).

Sekiranya lantikan ini diteruskan juga, diharapkan agar ahli parlimen yang dilantik dapat benar-­benar melakukan tanggungjawab untuk mencapai dasar, polisi dan piawaian kerajaan. Terutama sekali untuk sektor GLC yang fokusnya terhadap pembangunan bumiputera. Jangan hanya berteriak melaungkan nasib bumiputera, tetapi isu jurang ekonomi dalam kalangan bumiputera masih melebar tanpa ada iltizam dan langkah yang komprehensif untuk memulihkannya (xxi). Jangan sekali-­lali men”ghanimah”kan lantikan politik ini.

Akhirnya, tugas seorang ahli parlimen yang hakiki adalah untuk menjadi badan yang bertanggungjawab dalam menggubal undang-­undang dan membantu membentuk polisi kerajaan. Memberikan jawatan GLC kepada semua ahli parlimen dikhuatiri seakan-­ akan melihatkan pemberian ghanimah kepada “penyelamat” sesebuah pihak dan “membeli tiang-­tiang pengukuh”, malah dikhuatiri akan ada segelintir yang cuba memenuhkan kantung mereka masing-­masing tanpa memikirkan nasib rakyat. Diharapkan agar kerajaan melakukan pertimbangan yang sewajarnya sebelum perkara ini dilaksanakan.

_
Che Aidil Erfan Che Afero

(Cabaran Penulisan Artikel – Kategori UIAM)

Related Posts

For Malaysia to succeed…

April 23, 2019

April 23, 2019

“For Malaysia to succeed, the Malays must succeed”.  The statement above was quoted by Tun Daim Zainuddin in the seminar...

Bajet 2018: Mahasiswa Adalah Masa Depan Johor

November 24, 2017

November 24, 2017

Bajet 2018: Mahasiswa Adalah Masa Depan Johor Post Views: 195

Mengenang Mohammad Adib

December 18, 2018

December 18, 2018

Malam tadi Mohammad Adib bin Mohd Kassim telah pergi untuk selamanya.  Pepatah Inggeris ada berbunyi “only the good die young”. Pepatah...

Ekspo Johor Berkemajuan Jadi Tumpuan Rakyat

January 17, 2018

January 17, 2018

Gambar dipetik daripada halaman facebook rasmi Ekspo Johor Berkemajuan 2017 Bermula 9 hingga 14 Oktober 2017 yang lalu, Dataran Mahkota,...

Social Statistics Malaysia 2018

January 10, 2019

January 10, 2019

The Department of Statistics Malaysia recently released the Social Statistics Bulletin Malaysia 2018. This interesting bulletin which is based on...

Saranan Cukai Kekayaan

January 2, 2019

January 2, 2019

“Cukai progresif adalah kunci untuk memacu pertumbuhan ekonomi sambil menutup jurang antara golongan kaya dan miskin.” Joseph Stiglitz, pemenang Hadiah...

Recalibrating Markets, Firms, Society and People

October 11, 2018

October 11, 2018

Summary of YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali’s Opening Address at Khazanah Megatrends Forum 2018 Earlier this week at the...

Ucapan Belanjawan 2020 Parlimen Malaysia

October 31, 2019

October 31, 2019

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) dalam Ucapan Ketua Pembangkang telah mengutarakan ketiadaan peruntukan untuk projek berimpak tinggi...

Weekly Economic Update (Week 2 of January 2020)

January 13, 2020

January 13, 2020

*Source: Fair Observer India restricts imports of palm oil from Malaysia  On the 8th of January 2020, India imposed curbs on refined...

JDT : Juara Dalam Tangan

January 23, 2018

January 23, 2018

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sudah tidak asing di Malaysia. Ia sentiasa menjadi siulan di bibir masyarakat tanpa mengira peringkat...

A Call to Action

May 9, 2019

May 9, 2019

Al-Sharq Youth Conference 2019 For the first time ever, Malaysia was chosen to be the host of the 2019 Al-Sharq...

Muda dan Matang: Untuk Malaysia Lebih Baik

July 17, 2019

July 17, 2019

Kini semakin menjadi realiti untuk rakyat Malaysia seawal umur 18 tahun ke atas berpatisipasi dalam proses demokrasi negara. Sama ada...

Ke Arah Kemapanan Pasir Gudang

September 19, 2019

September 19, 2019

Selaku penduduk Pasir Gudang, saya sentiasa terpanggil dan mengikut rapat perkembangan insiden pencemaran berulang di kawasan ini. Isu ini nampaknya...

Global Economy in Transition

January 28, 2019

January 28, 2019

Prosperity. Sustainability. Security. All rely on global economic cooperation, so how can we can we shape a more equitable and...

Top 18 Achievements of Johor

January 30, 2018

January 30, 2018

Johor’s economic growth surpassed the recorded rates for Malaysia each year from 2011 to 2016, with an average of 5.9%...

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *