October 28, 2021 House of Trust

Dilema Stateless yang Tidak Bernoktah.

Memegang kad pengenalan biru merupakan suatu nikmat yang sering diambil mudah oleh rata-rata daripada kita, sama ada dari segi hak mahupun kewajipan kepada tanah air. Sedangkan, dengan kad pengenalan biru itu, akses kepada pendidikan, perubatan ketika sakit, pekerjaan untuk menyara kehidupan dan sebarang kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan boleh dinikmati dengan begitu mudah bagi setiap warganegara. Status sebagai seorang warga negara kadangkala menjadikan sebahagian besar dari kita memegang suatu prinsip bahawa kita adalah entiti yang sangat berkepentingan kepada negara. 

Namun, pernahkah kita terfikir. Apakah erti kehidupan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumen diri atau lebih dikenali sebagai ‘stateless?’ Tanpa kewarganegaraan, mereka tidak berhak mendapat kemudahan yang diperuntukkan kerajaan – memiliki hartanah sendiri, pekerjaan yang sah, pinjaman bank, apatah lagi akses kepada keperluan asas seperti perubatan dan pendidikan.

Data daripada Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR), dianggarkan sekurang-kurangnya 10 juta penduduk seluruh dunia merupakan individu tanpa dokumen (stateless). Di Malaysia, kira-kira sejumlah 12,368 orang adalah mereka yang diklasifikasikan sebagai ‘stateless’. Namun jumlah ini tidak  termasuk mereka di Sabah dan Sarawak. Walau pun ia memberikan sedikit kelegaan apabila dikatakan jumlah ini sebenarnya semakin berkurang pada tahun 2017 berbanding sebanyak 40,000 pada 2009.  

*Sumber Gambar: World Bank

Walaubagaimanapun, menurut UNHCR juga, pengurangan jumlah ini adalah disebabkan oleh inisiatif daripada NGO-NGO tempatan. Persoalannya, benarkah kerajaan Malaysia mengambil enteng isu ini tatkala laporan oleh Institute on Statelessness and Inclusion, The World’s Stateless, menyenaraikan Malaysia dalam salah satu negara yang mempunyai penduduk ‘stateless’ teramai?

Punca Yang Rumit 

Banyak faktor yang menyebabkan seseorang dikatakan stateless. Kertas kajian yang bertajuk Addressing Statelessness in Malaysia: New Hope and Remaining Challenges oleh Dr. Rodziana Mohamed Razali menyenaraikan beberapa punca antaranya diskriminasi undang-undang negara (terhadap agama atau ras), pelarian atau pencari suaka yang tidak mempunyai dokumen lengkap, individu yang tidak dapat ditentukan kewarganegaraannya disebabkan faktor migrasi dan banyak lagi.

Rentetan itu, isu ‘stateless’ di Malaysia Timur dilihat masih lagi tidak menemui titik noktah sekalipun masalah ini sudah dibangkitkan hampir tiga dekad yang lalu.   Menurut Jerald Joseph, Pesuruhjaya SUHAKAM, pada tahun 2019, sekurang-kurang 80 peratus daripada 500 kes diterima sepanjang tahun lepas merupakan kes berkenaan individu tanpa dokumen. 

Lebih menyedihkan kes tersebut gagal diselesaikan walaupun sudah dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Faktor sejarah negeri Sabah dan Sarawak yang bersempadanan dengan Filipina dan Indonesia menyebabkan isu ini bertambah kompleks dan rumit untuk diselesaikan kerana mereka juga dinafikan kewarganegaraan oleh ‘negara-negara yang dianggap negara asal mereka’.

Usaha kerajaan dalam mencari titik penyelesaian diibaratkan bagai melepaskan batok di tangga. Rakyat Sabah masih lagi menjalani kehidupan yang sukar.  Malah, rata-rata daripada mereka masih lagi menetap di kawasan setinggan, dan yang lebih menyedihkan apabila kehidupan antara dua darjat sangat ketara kelihatan walaupun di bandar besar, Kota Kinabalu. Ironinya, di belakang bangunan hotel mewah, ada pula sebuah perkampungan terpencil yang tidak pernah diiktiraf.  

Penduduk di situ ada yang terpaksa menyelinap dan bergerak secara bersembunyi semata-mata untuk mencari barangan keperluan harian kerana khuatir ditangkap oleh pihak berkuasa. Kegusaran mereka, sekiranya ditangkap, mereka akan dihantar ke ‘negara asal’ contohnya Filipina. Sedangkan, Kerajaan Filipina juga tidak mengiktiraf status mereka kerana tiada petunjuk kewarganegaraan Filipina. Tambahan pula mereka sudah lama menetap di Malaysia. 

Perkara ini menyebabkan status mereka kekal sebagai individu tanpa dokumen sekali gus menafikan hak untuk menikmati sebarang kemudahan daripada mana-mana negara sekalipun. Perkara ini berlarutan dan akan diwarisi oleh keturunan dan generasi mereka yang seterusnya.

Usaha Yang Belum Memadai

Tidak dinafikan, kerajaan sebenarnya sentiasa mencuba untuk mencari jalan untuk menyelesaikan isu ini. Namun ia jarang bersifat konkrit dan serius serta tidak menjurus terus kepada akar umbi. Sebagai contoh, dialog demi dialog kerap dianjurkan oleh sebahagian parti politik akan tetapi ia seperti tidak berkesudahan dengan menyaksikan puluhan ribu penduduk tanpa warganegara di Sabah masih lagi hidup dalam ketakutan dan kemiskinan.

 Perbahasan  kerajaan di Parlimen untuk memposisikan kedudukan Sabah dan Sarawak melalui pindaan fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan turut dilihat sebagai satu peluang untuk Kerajaan Negeri menyelesaikan isu stateless. Ia dilihat sebagai suatu pengiktirafan yang sah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 untuk kerajaan negeri Sabah dan Sarawak lebih agresif menyelesaikan isu–isu hak kemanusiaan terutama pendidikan kepada kanak-kanak tanpa dokumen. Namun begitu, usul cadangan ini tidak berjaya mendapat undian dua per tiga Dewan Rakyat. 

Usaha ini pada dasarnya sangat murni jika tidak dibobrokkan dengan agenda politik. Pertukaran Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam PRU yang lepas nampaknya masih belum menampakkan sebarang perubahan yang jelas. 

Oktober tahun lalu menyaksikan seorang lelaki bernama Wong Kueng Hui akhirnya berjaya memperoleh kewarganegaraan melalui prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah hampir 11 tahun bergelar stateless. Hal ini membuktikan, isu stateless bukanlah isu yang tiada penghujungnya. Ia boleh diselesaikan sekiranya kerajaan memberikan lebih perhatian dan tidak mengambil pendekatan secara ‘on-off’ semata-mata. 

Keratan Akhbar berkenaan kes Wong Kueng Hui
*Sumber Gambar: Free Malaysia Today

Yang sering kita lupa, stateless personjuga manusia – yang perutnya harus turut diisi, keluarganya harus turut disara, masa hadapannya harus diubah dengan pendidikan dan ubat-ubatan tetap diperlukan untuk merawat kesakitan. Semua ini adalah isu genting yang mesti dilihat merentas sempadan dan sebarang spektrum politik.  Semoga akan wujud iltizam politik di peringkat tempatan dan negara jiran kita untuk duduk bersama-sama dan mendalami isu ini dengan lebih serius, strategik dan berperi kemanusiaan. 

*Anis Afina Binti Hassan Sanusi ialah Pelajar Tahun Pertama LL.B, UIAM;
**Mohd Daud Mat Din ialah Pengarah Penyelidikan, Bait Al Amanah

Related Posts

The Malaysian Insight Article: Career prospects of fresh graduates unlikely to improve soon

March 24, 2021

March 24, 2021

Fresh graduates are not likely to see better job prospects in the near future even as the Covid-19 threat is...

22 Achievements of Johor State Government

February 5, 2018

February 5, 2018

22 Achievements of Johor State Government Under the Leadership of YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Chief Minister of Johor...

Statement by Tun Dr Mahathir Bin Mohamad at the 73rd United Nations General Assembly

October 1, 2018

October 1, 2018

Bait Al Amanah salutes Tun Dr Mahathir Bin Mohamad for his excellent and articulate speech at the General Debate of...

Southern Thailand: Prospect for Peace for the Forgotten Conflict

April 26, 2021

April 26, 2021

The events in Southern Thailand should not be a plight that Malaysia turns a blind eye to. This conflict involves...

FELDA di Landasan Betul

January 17, 2018

January 17, 2018

“Tan Sri Shahrir Abdul Samad, ikon politik yang berwibawa dan disegani. Perjuangannya, peribadinya dan khidmat baktinya adalah cerminan dan terjemahan...

“Re-examining Urban Poverty” Pre-Webinar Press Statement

April 9, 2021

April 9, 2021

*Photo Credit: Nur Ismail Photography Historically, since the introduction of the New Economic Policy 1971-1990 (NEP), Malaysia has demonstrated strong...

International Affairs Update (Week 1 of January 2020)

January 8, 2020

January 8, 2020

A. Singapore i) Digital Tax Singapore started imposing GST on overseas digital services at the current standard rate of 7%,...

Regional Economic Recovery in 2021?

January 25, 2021

January 25, 2021

*Image Source: AFP Photo/Roslan Rahman The year 2020 has been an unprecedented year on the global stage. With coronavirus cases...

MB Johor : Ucapan Tahun Baru Cina 2018

February 15, 2018

February 15, 2018

Post Views: 768

Webinar: Opening Remarks and Keynote Speaker for “South China Sea Disputes: What it means to Malaysia-China Relations”

June 24, 2021

June 24, 2021

The “South China Sea Dispute: What it means to Malaysia-China Relations” webinar will feature Datuk Seri Khaled Nordin as the...

Weekly Economic Update (Week 2 of January 2020)

January 13, 2020

January 13, 2020

*Source: Fair Observer India restricts imports of palm oil from Malaysia  On the 8th of January 2020, India imposed curbs on refined...

IDEAS AND BAIT AL-AMANAH JOINT MEDIA STATEMENT: NEW GOVERNMENT MUST TABLE POLITICAL FINANCING BILL IMMEDIATELY TO AVOID POLITICAL CORRUPTION

August 19, 2021

August 19, 2021

Kuala Lumpur, 19 August 2021 – The Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) and Bait Al-Amanah organised a webinar...

Masa Depan dan Kelangsungan FELDA

March 29, 2019

March 29, 2019

Kepentingan FELDA dalam fabrik sosial dan ekonomi Malaysia adalah suatu perkara yang tidak memerlukan perbahasan. Namun, masa depan dan kelangsungannya...

Kepentingan pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974: Forum Halatuju Isu Pencemaran Pasir Gudang

September 19, 2019

September 19, 2019

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 perlu dipinda bagi menangani kejadian pencemaran di negara ini khususnya seperti yang berlaku di Sungai...

Kedudukan Sekolah Agama Di Johor : Status Quo dan Masa Depan

February 8, 2018

February 8, 2018

Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang memartabatkan ilmu sehingga digelar sebagai Hab Pendidikan Serantau. Misalnya, di Pagoh terdapat Hab Pendidikan...

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *