April 22, 2021 House of Trust

Dilema Kelapa Sawit

Mungkin kerajaan hari ini lupa bahawa ekonomi rakyat kebanyakan adalah ekonomi pertanian. Ia adalah denyut nadi dan rezeki utama rakyat biasa di luar bandar terutamanya di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Isu ini bukanlah sesuatu yang boleh dipolitikkan atau dijadikan modal sementara untuk meraih laba populariti yang bermusim. Pertanian dan kelangsungannya adalah isu survival. Malah, ini adalah isu taraf hidup dan maruah diri mereka di luar bandar.

Lebih penting, kelangsungan aspek pertanian dan perladangan komoditi turut mempunyai impak yang besar dan real dalam kehidupan mereka di bandar dan ekonomi negara secara keseluruhannya. 

Ia bukan hanya tentang kesejahteraan sesetengah keluarga petani atau peneroka. Jika pekebun dan petani tidak mempunyai kuasa membeli, mana mungkin mereka akan ke kedai?

Dalam kes sawit, harga komoditi ini selalu sahaja dipolitikkan oleh ramai pihak. Jika harga naik, ada pihak yang cuba mengambil nama. Kononnya, itulah impak usaha dan kerja keras mereka. Jika harga merudum, sehinggakan ada peneroka yang terpaksa mengikat perut dengan pendapatan kurang RM300 sebulan, pihak yang tadinya sibuk bermegah-megah diam pula seribu bahasa. 

Alasan mereka mudah. Itu kesan kitaran ekonomi dunia yang perlahan, boikot dari EU dan kejatuhan permintaan dari China dan India.

Pakatan Harapan enggan faham, bahawa biar apa pun kitarannya, yang tetap rugi, dan merana, adalah rakyat kebanyakan.

Terdapat beberapa perkara yang gagal diberikan perhatian oleh Kerajaan Pakatan Harapan dalam isu sawit.

Pertama, sekalipun harga sawit kita naik sedikit, sebenarnya kerana tidak banyak hasil yang boleh dijual pada musim melawas ini ekoran ketidaktentuan cuaca, maka, pendapatan peneroka tetap menyedihkan.

Kedua, dalam jangka masa panjang, harga minyak sawit akan terus menjadi tidak menentu. Ia akan kerap turun dan naik, kerana wujudnya ketidakstabilan bekalan dengan permintaan. Perkara ini akan berterusan.

Ketiga, sikap Kerajaan mencampuri urusan dalaman India berkenaan isu Jammu dan Kashmir juga telah menimbulkan ketidaksenangan negara tersebut. Hasilnya, mereka bertindak untuk memboikot import minyak kelapa sawit dari Malaysia. Perlu diingatkan, bahawa pasaran eksport minyak sawit Malaysia ke India adalah pada 35.7%—lebih besar dari eksport ke China mahupun Pakistan digabungkan.

Jika India benar-benar serius tentang boikot ini, yang paling terkesan adalah harga minyak sawit Malaysia dan para pekebun khususnya.

Justeru, apa yang perlu dilakukan?  Saya mencadangkan beberapa perkara.

Pertama, laksanakanlah Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen sebelum ini dengan serius dan strategik. Ini tidak, bukan sahaja pelaksanaannya tidak digandakan, malah, bagaimanakah Kertas Putih ini akan dijayakan pun langsung tidak disentuh dalam Bajet 2020.

Sumber: Bernama

Kedua, memperbaiki hubungan dengan EU, India dan China. Negara-negara ini merupakan “trading partners” kita sejak dahulu. Kita membesar dan membangun bersama mereka.

Ketiga, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Industri Utama mesti bekerjasama, terutamanya dalam mencari pasaran baharu untuk sawit Malaysia.

Malaysia Baharu sepatutnya perlahan-lahan mengurangkan kebergantungan harga minyak sawit Malaysia kepada kerenah pasaran dan memberi fokus kepada penghasilan produk hiliran yang lebih bermakna dan bermutu.

Pada tahun 2016, Barisan Nasional melalui Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menyahut baik pembangunan produk hiliran kelapa sawit seperti produk kosmetik dan sabun contohnya. Ini kerana ia mampu untuk menstabilkan harga minyak sawit negara selain mencungkil potensi keusahawanan melalui inovasi orang kampung.

Itu jugalah yang dihasratkan oleh kepimpinan Jokowi-Maaruf di Indonesia. Mereka tidak lagi mahu bergantung kepada sentimen pasaran dan perang persepsi terhadap minyak sawit, lalu menggiatkan penghasilan produk hiliran berasaskan kelapa sawit untuk tujuan perdagangan yang lebih berdaya tinggi.

Akhir sekali, pemulihan dan penambahbaikan taraf hidup peneroka Felda memerlukan satu model perniagaan yang baharu. Para peneroka dan generasi muda di Felda mesti ditemui dan didengari pandangan serta saranan mereka. Bukan sekadar dilakukan dari kerusi empuk menteri di Putrajaya.

Kita wajar bertanya dengan serius. Dalam segala kesempitan peneroka dan ketidakpedulian oleh kerajaan dalam isu ini, apakah sebenarnya tawaran Malaysia Baharu?

* Onn Hafiz Ghazi adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Layang-Layang, Johor

**Artikel ini telah diterbitkan dalam The Malaysian Insight

Related Posts

Social Statistics Malaysia 2018

January 10, 2019

January 10, 2019

The Department of Statistics Malaysia recently released the Social Statistics Bulletin Malaysia 2018. This interesting bulletin which is based on...

Kad Laporan Pencapaian Kerajaan Johor 2013-2018

March 26, 2018

March 26, 2018

Bertemakan ‘Membangun Dekad Baharu Johor’, Kad Laporan  Pencapaian Kerajaan Johor 2013-2018 memaparkan prestasi cemerlang kerajaan BN Johor yang merangkumi pelbagai aspek termasuk ekonomi, perumahan dan pemilikan tanah, infrastruktur awam, membasmi kemiskinan,...

Solidariti bersama Masyarakat Islam Xinjiang

October 2, 2019

October 2, 2019

Pada 25 hingga 28 Feb 2019, Dr Abdul Razak Ahmad, selaku Pengarah Pengasas Bait Al-Amanah telah dijemput untuk menghadiri “Thematic...

Ekspo Johor Berkemajuan Jadi Tumpuan Rakyat

January 17, 2018

January 17, 2018

Gambar dipetik daripada halaman facebook rasmi Ekspo Johor Berkemajuan 2017 Bermula 9 hingga 14 Oktober 2017 yang lalu, Dataran Mahkota,...

Kajian Separuh Penggal RMK-11

October 22, 2018

October 22, 2018

Secara keseluruhannya, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) menggariskan enam tonggak bagi menyokong pertumbuhan yang inklusif dan pembangunan yang...

Covid-19: Act Fast & Do Whatever it Takes!

March 24, 2020

March 24, 2020

As of March 24th 2020, there are already over 384,000 cases of Coronavirus worldwide, with 16,591 deaths. Though over 102,000...

Ke Arah Kemapanan Pasir Gudang

September 19, 2019

September 19, 2019

Selaku penduduk Pasir Gudang, saya sentiasa terpanggil dan mengikut rapat perkembangan insiden pencemaran berulang di kawasan ini. Isu ini nampaknya...

UMNO Jangan Berangan

December 12, 2019

December 12, 2019

UMNO parti terbesar orang Melayu, baru sahaja selesai berhimpun. Acara tahunan bagi memenuhi takwim parti tersebut sudah tentu dinanti-nantikan. Sama...

Integriti Era Malaysia Baharu : Cakap Tak Serupa Bikin?

November 29, 2019

November 29, 2019

Hari Rabu 9 Mei 2018 menjadi titik bersejarah buat tanah air tercinta serta segenap warga negaranya. Kerajaan Barisan Nasional yang...

Response to the Ministry of Economic Affairs Performance Report 2019

January 28, 2020

January 28, 2020

Recently, the Ministry of Economic Affairs (MEA) published a report on the ministry’s initiatives, achievement and performance in Malaysia’s socio-economic...

Pasir Gudang: Time to Improve Environmental Quality Act

October 4, 2019

October 4, 2019

Regulations under the Environmental Quality Act on the limits of contaminants that can be discharged into rivers need immediate improvement,...

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Q1, 2019

May 16, 2019

May 16, 2019

Jabatan Perangkaan Malaysia telah melaporkan Prestasi Ekonomi Malaysia suku tahun pertama 2019 pada 16 Mei 2019. Secara keseluruhannya, Ekonomi Malaysia...

‘Sang Pemimpin, Berkata Benarlah Kamu!’

February 12, 2019

February 12, 2019

SUATU waktu dulu, saya pernah mengunjungi The United States Air Force Academy (USAFA) di Colorado Springs, Amerika Syarikat. Lawatan tersebut...

A Tribute to Dr Tetsu Nakamura

December 11, 2019

December 11, 2019

We would like to extend our sincere condolences to the family, friends and colleagues of Dr Tetsu Nakamura, a man...

Stand With Kashmir

February 1, 2021

February 1, 2021

*Image Source: AFP On the 5th August 2019, the autonomy of the region of Jammu and Kashmir was stripped off...

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *