December 2, 2020 House of Trust

COVID-­19: Kerajaan di Mata Undang-Undang

Dalam tempoh 6 bulan sahaja, kerakusan Covid-­19 telah menjangkiti hampir 3 000 000 makhluk bernyawa di seluruh dunia. Daripada keseluruhan angka tersebut, hampir 200 000 nyawa telah terkorban. Malah, saat artikel ini ditulis pun, sebanyak 1.8 juta pesakit masih masih lagi menderita.

Ini belum termasuk kerugian dari segi ekonomi yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat dunia samada syarikat-­syarikat gergasi sehinggalah perniagaan kecil dan sederhana (PKS), semuanya mengalami ‘damage’ yang perlu ditanggung oleh penduduk dunia.

Saban hari, rakyat dunia terus-­menerus menilai tindakan kerajaan dalam usaha menangani pandemik ini. Maka, timbul persoalan, dari kaca mata undang-­undang, bolehkah keterlewatan atau kesalahan kerajaan yang mengakibatkan penyebaran pandemik ini dibawa ke mahkamah? Justeru, penulisan artikel ini bertujuan menilai dua entiti kerajaan, iaitu kerajaan China secara umum untuk semua masyarakat dunia, serta kerajaan Malaysia untuk rakyat Malaysia khususnya.

CHINA

Setelah segala kerosakan berlaku, berpunca daripada kedegilan dan kegagalan kerajaan China, seluruh dunia pasti menuntut agar authoritian negara tembok besar itu dipertanggungjawabkan ke muka pengadilan. European Journal of International Law melalui penulisnya yang merupakan pendakwa raya, Peter Tzeng pernah menyenaraikan senarai peruntukan Perlembagaan WHO yang dilanggar oleh China. Bermula daripada kegagalan melaporkan statistik dan laporan sebenar kepada WHO (World Health Organisation) pada Disember, secara dasarnya ini telah terang
bersuluh melanggar Perlembagaan WHO itu sendiri seperti yang termaktub dalam Artikel 63, Artikel 64 dan Artikel 67. Berdasarkan maklumat yang dilaporkan Journal Public International Law, China bukan sahaja melanggar semua peruntukan tersebut, malah Dr Wenliang iaitu ahli perubatan pertama yang menemui penyakit ini di China sendiri pun, ditangkap dan dipaksa memadam semua data malah didera sehingga mengakui beliau tersilap mengeluarkan maklumat, sebelum beliau sendiri mati akibat pandemik itu. Daripada kesemua kesalahan ini, dapatlah kita fahami bahawa China telahpun tidak jujur dalam pendokumentasian data yang dilaporkan.

Namun, perlu diingat, menurut WHO sendiri, Perlembagaan WHO hakikatnya tidak pernah ada kuasa penuh untuk mengikat mana-­mana negara. Sebaliknya, ianya hanyalah sebuah panduan yang disyorkan untuk menyelaraskan organisasi kesihatan kerajaan di seluruh dunia. Malah, tidak ada satupun peruntukan undang-­undang kesihatan daripada WHO yang berkuasa untuk mendakwa mana-mana negara seandainya peruntukan tersebut dicabuli. Benar, WHO sudah mewartakan International Health Rules (IHR) untuk dipatuhi oleh negara-­negara. Namun IHR sendiripun berstatus cadangan dan panduan, bukannya sebuah undang-­undang mengikat yang boleh disabitkan kesalahan. Perkara ini bagi menghormati kedaulatan setiap negara untuk mempunyai peruntukan undang-­undang kesihatan yang berbeza.

Maka, atas dasar inilah menurut CNN News, Missouri sebagai negeri pertama Amerika Syarikat yang memfailkan saman ke atas China untuk menuntut ganti rugi atas pandemik ini, membawa tuntutan tersebut ke ICJ (International Court of Justice) dengan satu tuduhan public nuisance, satu tuduhan abnormally dangerous activities, dan dua tuduhan breach of duty.

Daripada kesemua fail tuntutan ini, dapatlah difahami bahawa tuntutan Missouri bukan berkisar tentang Perlembagaan WHO yang dicabuli.

Namun, tuntutan Missouri masih lagi terbatas dengan Artikel 30 ICJ Rules of Court (1978), yang menyatakan bahawa mana-­mana tuntutan kepada negara-­negara yang bersifat Public International Law perlulah mendapat persetujuan daripada kedua-­dua negara tersebut untuk dibicarakan. Lantas, seandainya China sudah meramalkan mereka tidak akan berjaya dalam perbicaraan tersebut, sudah tentu sukar untuk mengajak mereka bersetuju kes ini di bawa ke mahkamah.

Melihat dari sudut berbeza, di dalam kes Nicaragua v. USA (1984), mahkamah telah memutuskan bidang kuasa peruntukan Perlembagaan WHO seperti Artikel 75 tidak boleh dijadikan legal issue untuk mendakwa sesebuah negara di mahkamah.

Namun, di sana terdapat kebarangkalian kecil untuk tuntutan terhadap China berjaya. Antaranya ialah mengangkat semula obiter­dicta kes yang sudah berusia 34 tahun ini di mana hakim menyatakan keputusan tersebut boleh dicabar dengan membezakan bidang kuasa WHO yang bukan sahaja berbentuk ‘dispute’, tetapi berbentuk setiap ‘question’ yang merupakan hak untuk setiap negara mendapatkan maklumat sebenar virus Covid-­19 daripada China. Dengan itu, maka masih ada kebarangkalian menjayakan tuntutan ini walaupun tanpa persetujuan China agar kes dibicarakan di ICJ.

Atau mungkin China boleh secara sukarela bersetuju agar kes ini dibicarakan di mahkamah bagi membersihkan nama mereka dan membuktikan mereka telah berusaha mengawal pandemik ini sejajar dengan kemampuan ‘reasonable man’.

Namun, artikel ini berpendapat, jika tanpa kerjasama daripada China sendiri, dapatlah disimpulkan bahawa tuntutan terhadap China ini terpaksa melalui jalan yang sukar dan panjang.

KERAJAAN MALAYSIA

Setelah menilai kegagalan kerajaan China secara umum, bolehkah kerajaan Malaysia dihukum atas beberapa tindakan lambat sehingga menyebabkan berlakunya kluster besar seperti kluster perhimpunan tabligh Seri Petaling? Bagi menjawab persoalan ini tidaklah serumit penilaian terhadap China. Ini disebabkan legal issue ini telah pun diselesaikan oleh peruntukan undang-­undang negara kita dan juga precedent case sedia ada.

Dalam sebuah kes yang membicarakan kelewatan kerajaan untuk mengambil tindakan bagi isu penyakit berjangkit, iaitu kes Kerajaan Malaysia & Ors v Lay Kay Tee & Ors (2008), hakim Nik Hashim FCJ memutuskan bahawa dalam mana-­mana tuntutan tort terhadap kerajaan, pegawai kerajaan yang bertanggungjawab atas perbuatan tort yang didakwa itu hendaklah dijadikan satu pihak dan liabilitinya hendaklah dibuktikan terlebih dahulu sebelum kerajaan boleh didapati menanggung liabiliti vikarius sebagai prinsipal (ss. 5, 6 Akta Prosiding Kerajaan 1956 (‘GP’)). Adalah tidak memadai untuk hanya mengenal pasti pegawai tersebut tanpa menjadikannya sebagai satu pihak dan terus membawa tuntutan atas nama kerajaan. Hanyalah setelah tuntutan terhadap pegawai tersebut secara peribadi telah dibuktikan, kemudian barulah tuntutan terhadap kerajaan boleh dibuat. Dengan itu, sekaligus menerima rayuan perayu dan membebaskan kerajaan Malaysia daripada tuntutan tersebut.

Bahkan, dalam ratio decidendi penghakiman kes tersebut juga ada menyatakan bahawa kelengahan dalam mengambil tindakan atau dalam melaksanakan mana-­mana kuasa kerajaan tidak boleh menjadi asas tuntutan. Maka di sini jelas, kerajaan Malaysia tidak boleh disabitkan dengan kesalahan kelewatan tindakan sehingga berlakunya punca kluster.

KESIMPULAN

Rumusannya, di mata undang-­undang, terdapat perbezaan dalam menilai kebarangkalian untuk mensabitkan kerajaan China dan Malaysia dalam isu ini.

  1. Untuk kerajaan China, sekalipun deretan kesalahan mereka dicanang seluruh dunia, namun untuk mendakwa mereka di mahkamah antarabangsa perlu menempuh prosedur yang panjang.
  2. Untuk kerajaan Malaysia, usaha keras kerajaan menangani pandemik ini wajar dipuji
    kerana dapat dilihat oleh rakyat secara telus. Maka, sekalipun tuntutan atau dakwaan
    di bawa ke mahkamah, adalah sukar untuk mensabitkan kerajaan Malaysia atas
    keterlewatan mengambil tindakan sehingga mengakibatkan berlakunya punca kluster.

_
Muhammad Asyraf Hakimi Bin Zaid

(Cabaran Penulisan Artikel – Kategori UIAM)

Related Posts

20 Perkara Johor No. 1

March 27, 2018

March 27, 2018

*Kredit Video : Arttouch Creative & Trading *Gambar dipetik daripada Astro Awani   Johor No.1 Johor merupakan negeri Melayu pertama...

FELDA di Landasan Betul

January 17, 2018

January 17, 2018

“Tan Sri Shahrir Abdul Samad, ikon politik yang berwibawa dan disegani. Perjuangannya, peribadinya dan khidmat baktinya adalah cerminan dan terjemahan...

Dilema Stateless yang Tidak Bernoktah.

February 24, 2020

February 24, 2020

Memegang kad pengenalan biru merupakan suatu nikmat yang sering diambil mudah oleh rata-rata daripada kita, sama ada dari segi hak...

Kajian Separuh Penggal RMK-11

October 22, 2018

October 22, 2018

Secara keseluruhannya, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) menggariskan enam tonggak bagi menyokong pertumbuhan yang inklusif dan pembangunan yang...

Pembiayaan Politik di Malaysia: Memperkukuh Integriti

January 30, 2019

January 30, 2019

Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) telah dilancarkan pada 14 Ogos 2015 untuk menyediakan satu forum perundingan bagi masyarakat...

Advancing the Silver Economy

April 29, 2019

April 29, 2019

I HAD a conversation with my mum recently over an elderly friend, technology, and getting on with life in this...

International Affairs Update (Week 1 of February 2020)

February 13, 2020

February 13, 2020

A. Novel Coronavirus (2019-nCoV) What is it? Coronaviruses (CoV) are a large family of viruses that cause illness ranging from...

Johor Peruntukan 1 Juta Untuk Usahawan Digital Cina

January 22, 2018

January 22, 2018

Pada 22 Oktober 2017 telah diadakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Dana Usahawan Digital kepada Belia Tiong Hua. Majlis tersebut...

Team Johor – The Spirit of Volunteerism

January 10, 2018

January 10, 2018

Volunteerism has no expiry date.  Doing good has no time limit. It is something we do every time the opportunity...

Pendidikan Berorientasikan Industri: Bersediakah Malaysia?

December 16, 2019

December 16, 2019

Revolusi Industri 4.0(IR4.0) merupakan agenda utama dunia pada masa kini. Artikel bertajuk You Will Lose Your Job To A Robot –...

Masa Depan dan Kelangsungan FELDA

March 29, 2019

March 29, 2019

Kepentingan FELDA dalam fabrik sosial dan ekonomi Malaysia adalah suatu perkara yang tidak memerlukan perbahasan. Namun, masa depan dan kelangsungannya...

The New Decade of Johor

February 5, 2018

February 5, 2018

“Progress is Dynamic. No full stops, no finality. It should point towards a greater vision – not just achieving a...

Bajet 2018: Mahasiswa Adalah Masa Depan Johor

November 24, 2017

November 24, 2017

Bajet 2018: Mahasiswa Adalah Masa Depan Johor Post Views: 195

A Tribute to Dr Tetsu Nakamura

December 11, 2019

December 11, 2019

We would like to extend our sincere condolences to the family, friends and colleagues of Dr Tetsu Nakamura, a man...

MIER: 2.4 million Job Losses under Worst Case Scenario

March 30, 2020

March 30, 2020

As of March 30th 2020, Malaysia recorded 156 new Covid-19 cases, bringing the total number to 2,626. The good news...

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *