May 7, 2021 House of Trust

BNM Yakin Ekonomi Malaysia Bakal Pulih

Artikel ini diterbitkan di Dewan Ekonomi

Persoalan besar yang terus diajukan oleh hampir semua pihak sekarang ialah tentang iklim ekonomi pascapandemik. Adakah keadaan akan terus lembap dan tidak menentu? Atau sudah wujud petunjuk positif bahawa situasi akan pulih dalam sedikit masa lagi?

Persoalan ini bukan sahaja kritikal, namun sesuatu yang sukar untuk dijawab dengan sebarang kepastian. Baik oleh pihak kerajaan mahu pun sektor swasta. Boleh dikatakan hampir tidak ada pihak, di dalam mahu pun luar negara, yang boleh memberikan jawapan yang jelas. Profesor Madya Brad Potter dari University of Melbourne menggambarkan ekonomi pasca COVID-19 sebagai tidak jelas, kabur dan penuh misteri. Di Australia sahaja, keyakinan pengguna telah merudum sehingga 85.6 peratus seperti yang didedahkan oleh Australia and New Zealand Banking Group (ANZ).

Sekiranya kita merujuk kepada 2021 CEO Outlook PulseSurvey oleh KPMG, 59 peratus CEO di Asia Pasifik percaya bahawa keadaan tidak akan pulih sehingga 2022. Manakala 35 peratus CEO yakin yang perniagaan mereka akan berubah secara kekal. Daripada 500 buah syarikat yang disoal selidik, hanya kira-kira enam peratus CEO di Asia Pasifik yang optimis keadaan akan bertambah baik pada tahun ini. Sebanyak 31 peratus CEO pada peringkat global kelihatan lebih yakin bahawa keadaan akan segera pulih pada tahun 2021, manakala 45 peratus lagi berpandangan bahawa keadaan akan kembali normal hanya pada tahun 2022.

Kaji selidik ini menunjukkan kepada kita dua perkara penting. Pertama, sebahagian besar penggiat industri tidak begitu yakin bahawa keadaan akan kembali normal dalam masa terdekat. Kedua, kebanyakan mereka percaya bahawa bentuk perniagaan akan berubah bentuk secara kekal.

Keadaan ini pastinya mendatangkan beberapa kesan lanjutan yang tidak boleh dielakkan. Misalnya, syarikat-syarikat tidak akan membuat pelaburan baharu atau pelebaran perniagaan secara besar-besaran pada tahun ini. Pada masa yang sama, pelaburan terhadap kemudahan perniagaan atau operasi secara atas talian akan menyaksikan langkah pemerkasaan yang radikal dan serius. Standard Chartered Future Money Survey(2020) menunjukkan kadar pembelian atas talian oleh pengguna meningkat dengan ketara daripada 26 peratus sebelum COVID-19 kepada 48 peratus selepas pandemik melanda. Malah, pembayaran menggunakan aplikasi e-dompet pada tahun 2020 merekodkan peningkatan sehingga 131 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Laporan Tahunan 2020 bertarikh 31 Mac 2021, merumuskan tiga perkara penting. Pertama, ekonomi Malaysia dijangka akan berkembang antara enam peratus hingga 7.5 peratus dengan sokongan oleh kedua-dua faktor domestik dan luar. Malah, dijangkakan yang KDNK kita akan kembali pada paras asal sebelum COVID-19 menjelang Mei tahun ini. Prestasi jangkaan ini disandarkan kepada beberapa faktor sokongan seperti program imunisasi yang sedang berjalan, penambahbaikan berkala terhadap pasaran kerja dan polisi sokongan yang berterusan ke atas isi rumah dan perniagaan. Kedua, tindakan Kerajaan memperkenalkan beberapa langkah liberalisasi yang disasarkan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi FDI dan hab rantaian bekalan global, akan memberikan impak positif. Ketiga, keanjalan kadar tukaran ringgit akan turut menyokong pemilihan ekonomi Malaysia.

Jika diteliti, wujud perbezaan yang jelas antara laporan kaji selidik CEO 500 buah syarikat oleh KPMG dan Laporan Tahunan 2020 oleh BNM.Kaji selidik KPMG menunjukkan para CEO syarikat dunia tidak begitu yakin yang keadaan akan segera pulih sebelum tahun 2022. Manakala BNM kelihatan lebih optimis bahawa ekonomi Malaysia mampu mencecah perkembangan sehingga 7.5 peratus dan berupaya untuk kembali berada pada tahap sebelum pandemik menyerang kita. Oleh sebab itu, siapa yang betul dan siapa yang salah?

Sebenarnya, prestasi ekonomi dan jangkaan pasaran tidak semudah siapa yang lebih betul dan siapa yang salah. Kedua-dua pihak, sekali pun mempunyai kesimpulan yang saling berbeza, mempunyai asas dan sandaran masing-masing. Malah, kedua-dua analisis ini perlu diberikan perhatian yang sama penting.

Tidak kiralah laporan atau analisis pihak mana yang ingin kita pegang dan yakini, yang lebih penting, semua pihak mesti mula membuat persediaan yang sewajarnya. Terdapat tiga langkah penting yang boleh dipertimbangkan.

Pertama, orang awam mesti bersedia untuk menyemak serta merancang semula kedudukan kewangan masing-masing. Ini termasuklah memastikan yang sebarang ketidakupayaan untuk melunaskan tanggungjawab kewangan kepada mana-mana institusi kewangan dibawa ke meja rundingan. Melarikan diri atau mengambil pendekatan lepas tangan dengan alasan COVID-19 dan kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan bukanlah suatu langkah yang wajar dan selamat.

Kedua, sekarang adalah waktu terbaik, malah mendesak, untuk kita meneroka sumber pendapatan tambahan yang boleh dilakukan secara atas talian. Perkara ini turut ditegaskan oleh firma khidmat rundingan terkemuka McKinsey dalam From Survivingto Thriving: Reimagining Post Covid-19 rerun yang diterbitkan pada awal Mac lepas.

Ketiga, dalam konteks perniagaan dan pemain industri pula, International Federation of Accountants (IFAC) yang berpusat di New York dalam Small Business Continuity Checklist: How To Surviveand Thrive Post COVID-19 menyarankan kepada pemilih Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menyusun semula kitaran modal pusingan kerja serta sasaran pendapatan untuk tempoh 12 bulan. Selain itu, PKS disarankan mewujudkan sistem kerja yang selamat di samping memperhebat pelaksanaan waktu kerja anjal yang boleh dilakukan dari rumah atau luar pejabat.

Ketidakpastian masa depan pascaCOVID-19 tidak seharusnya melemahkan semangat kita. Tatkala kerajaan mencari jalan keluar yang lebih meyakinkan, semua pihak mesti melakukan persediaan yang bersesuaian. Berbekalkan kecekalan dan minda yang positif, kita pasti boleh mengharunginya. Kita pasti menang!

***Artikel ini ditulis oleh Mohd Daud Mat Din, Pengarah Penyelidikan di Bait Al Amanah

Related Posts

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Bajet Johor 2018

November 24, 2017

November 24, 2017

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Bajet Johor 2018 Post Views: 434

Bakat Tunjang Dekad Baharu Johor

February 27, 2018

February 27, 2018

ASPIRASI Dekad Baharu Johor yang menjadi teras utama dalam Amanat Menteri Besar Johor 2018 yang disampaikan baru-baru ini masih menjadi...

Call for a Peaceful Resolution for Jammu and Kashmir

December 5, 2019

December 5, 2019

A two-day international conference under the theme “Kashmir Turmoil: Emerging Threats to Peace and Role of International Community” was held...

Malaysia, Don’t Forget Libya

April 7, 2021

April 7, 2021

*Photo Credit: AFP By Dr Abdul Razak Ahmad On February 5, 2021, the UN-assembled Libyan Political Dialogue Forum (LPDF) appointed...

UCAPAN MB : MAJLIS HARI HIMPUNAN MUAFAKAT SAUDARA KITA PERINGKAT NEGERI JOHOR

January 9, 2018

January 9, 2018

MAJLIS HARI HIMPUNAN MUAFAKAT SAUDARA KITA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2018M / 1439H   DI HOTEL MSUITES, JOHOR BAHRU 6 JANUARI 2018...

Statement by Tun Dr Mahathir Bin Mohamad at the 73rd United Nations General Assembly

October 1, 2018

October 1, 2018

Bait Al Amanah salutes Tun Dr Mahathir Bin Mohamad for his excellent and articulate speech at the General Debate of...

Malaysia – Singapore Air and Maritime Boundaries Dispute

December 19, 2018

December 19, 2018

     Malaysia’s relations with Singapore witnessed a decline recently. This is due to the renewed tensions triggered by unresolved...

Stand With Kashmir

February 1, 2021

February 1, 2021

*Image Source: AFP On the 5th August 2019, the autonomy of the region of Jammu and Kashmir was stripped off...

A Tribute to Dr Tetsu Nakamura

December 11, 2019

December 11, 2019

We would like to extend our sincere condolences to the family, friends and colleagues of Dr Tetsu Nakamura, a man...

The Alphabet Soup of Malaysia’s Economic Recovery

February 21, 2021

February 21, 2021

By Benedict Weerasena When I was young, I thoroughly enjoyed a bowl of Alphabet soup. The delight in choosing which...

Advancing the Silver Economy

April 29, 2019

April 29, 2019

I HAD a conversation with my mum recently over an elderly friend, technology, and getting on with life in this...

Parliament Should Reconvene Immediately To Table The 12th Malaysia Plan

March 10, 2021

March 10, 2021

Photo by CEphoto, Uwe Aranas Wednesday, 10 March 2021: The CME-BAA Macroeconomic Observatory (MEO), a joint platform promoted by the...

Capacity Building for Timorese Civil Service

October 3, 2019

October 3, 2019

“There’s no greater challenge and there is no greater honor than to be in public service.” Condoleezza Rice Indeed, there...

Senarai Kabinet Malaysia 2020

March 9, 2020

March 9, 2020

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Seri Mohamed Azmin AliTimbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan...

Khaled Nordin Bentang Pelan 10 Tahun Pembangunan Johor

February 5, 2018

February 5, 2018

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin hari ini telah menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2018 di hadapan kira-kira...

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *