October 31, 2020 House of Trust

Arus 2020: Malaysia Lemas dalam Globalisasi?

Kita sering dibelenggu dengan globalisasi yang sentiasa berubah pendekatannya. Petikan daripada mesyuarat tahunan World Economic Forum (WEF) melaporkan perdebatan perbezaan ketara antara pendekatan globalisasi dan globalisme. Globalisasi membawa maksud satu fenomena yang dipacu oleh teknologi dan pergerakan idea, manusia dan barangan. Globalisme pula digambarkan sebagai ideologi yang mengutamakan neoliberal global oder atas kepentingan negara. 

Selain cabaran berkaitan revolusi perindustrian 4.0 dalam era globalisasi, pengembalian kedaulatan dalam dunia yang saling memerlukan kerjasama juga merupakan cabaran yang harus diberi tumpuan. Dari segi struktur sosial, integrasi fabrik sosial penting untuk mengekalkan demokrasi. 

Kini, pengintegrasian pembangunan telah mencipta satu era globalisasi yang baharu. Namun apa yang penting, adakah pentadbiran antarabangsa, nasional dan tempatan dapat disesuaikan dengan masa.

Forum “Strategic Outlook: The Digital Economy” semasa mesyuarat tahunan WEF pada bulan Januari 2019 membincangkan beberapa perkara penting berkaitan impak sosial, keterangkuman (inclusivity) dan krisis kemahiran. Juga dinyatakan adalah empat sektor ekonomi dalam era globalisasi 4.0: digital health network, digital transportation network, digital energy network, dan digital manufacturing network.

Forum “Strategic Outlook: The Digital Economy”
Sumber Gambar: Singapore Academy of Corporate Management

Dengan perkembangan globalisasi dalam pelbagai aspek, contohnya rangkaian 5G, impak sosial harus diberi tumpuan. Perancangan harus memberi fokus kepada kemanusiaan (human centric), keterangkuman, kemampanan, penglibatan tempatan dan antarabangsa pada masa yang sama.

Ekonomi digital yang kian diseru di Malaysia, secara langsung atau tidak telah mengubah cara kita melakukan sesuatu perkara; sejauh manakah keterbukaan dan penerimaan kita tentang pendekatan ini. Naratifnya bukan adakah kita mampu atau tidak, tetapi bersedialah Malaysia untuk ekonomi digital. 

Masyarakat akan merasai kesan ekonomi digital daripada sesuatu yang meyakinkan kepada satu persepsi pesimis. Selain itu, masyarakat juga akan kurang yakin bahawa mereka akan mendapat manfaat daripada ekonomi digital.

Jika tidak diberi perhatian yang mencukupi, istilah “techlash” akan membawa kepada ketidaksesuaian penempatan tenaga buruh. Digitalisasi akan membuka pintu kepada isu kerahsiaan data (data privacy), krisis kemahiran dan masyarakat akan merasa kurang selamat.

Maka, adakah Revolusi Perindustrian 4.0 menyenangkan kehidupan kita atau sebaliknya?

Revolusi Perindustrian 4.0
*Sumber Gambar: Forum Ekonomi Dunia

Akan timbul sentimen masyarakat meletakkan lebih kepercayaan kepada ketua pegawai eksekutif sesuatu syarikat (pemimpin dalam sesuatu perniagaan) berbanding pegawai dalam sektor awam. Mengapa? Pemimpin dalam perniagaan lebih dipercayai. Maka, kerajaan sendiri tidak boleh menyelesaikan sesuatu perkara kerana ini memerlukan penyertaan yang lebih luas.

Taburan penempatan tenaga buruh yang tidak sekata dapat diselesaikan dengan mengurangkan kerumitan. Sebagai contoh, mudahkan kerja pekerja kilang dan bukannya gantikan mereka dengan teknologi atau robot. Namun, kita sedar bahawa perubahan landskap pekerjaan akan terjadi. 

Krisis kemahiran membentuk jurang di mana tenaga pekerja tidak melihat mereka mempunyai kemahiran untuk masa depan. Beberapa perkara, jika diperhalusi, dapat memenuhi jurang ini.

Bukan hanya model pendidikan harus diperhalusi, bahkan juga model perantis (apprenticeship model). Ini dapat merapatkan jurang mereka yang sudah bekerja supaya melengkapkan diri dengan kemahiran tambahan. Kita harus membantu mereka supaya mempunyai kemahiran yang betul dan juga mereka yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi.

Globalisasi Pendidikan
*Sumber Gambar: Kickstory

Bagi golongan belia, kemajuan ke arah teknologi harus diselaraskan dengan pendidikan di sekolah dan institusi pendidikan tinggi supaya mempelajari kemahiran digital dan mampu mendapat pekerjaan pada masa yang sama. Syarikat dengan kerjasama kerajaan boleh menyediakan sistem mentor dan latihan amali yang berkaitan.

Kerjasama global amat diperlukan supaya Malaysia dapat mempelajari amalan terbaik yang dapat diadaptasikan dalam era ekonomi digital. Kemajuan teknologi yang mempunyai infrastruktur bersesuaian akan mendatangkan manfaat.  

**Artikel ini ditulis oleh Abel Benjamin Lim, Ahli Ekonomi Bait Al Amanah.

Related Posts

Weekly Economic Update (Week 3 of January 2020)

January 22, 2020

January 22, 2020

I. Retrenchment & Downsizing in 2020 Malaysia’s unemployment rate could rise from 3.3% to between 3.4% and 3.6% in 2020...

Malaysia – Singapore Air and Maritime Boundaries Dispute

December 19, 2018

December 19, 2018

     Malaysia’s relations with Singapore witnessed a decline recently. This is due to the renewed tensions triggered by unresolved...

11th Malaysia Plan Mid Term Review

October 19, 2018

October 19, 2018

Post Views: 266

Pasir Gudang: Time to Improve Environmental Quality Act

October 4, 2019

October 4, 2019

Regulations under the Environmental Quality Act on the limits of contaminants that can be discharged into rivers need immediate improvement,...

Moving away from Identity Politics to Policies

November 27, 2019

November 27, 2019

Last month, I had the opportunity to attend IDEAS 4th Liberalism Conference which brought forward a theme that has been haunting...

Weekly Economic Update (Week 1 of January 2020)

January 6, 2020

January 6, 2020

A. Malaysian Economy  Malaysian Well-Being Index 2018 (MyWI) (published on 24th Dec 2019)  (Source: DOSM) MyWI increased 0.8 per cent to...

Adakah Pengundi Kita Terlalu Beremosi?

December 10, 2019

December 10, 2019

Ada banyak aspek yang boleh diperhalusi dalam menilai sikap dan pemikiran pengundi. Kajian serta disiplin yang mengkaji sentimen serta tingkah...

Top 18 Achievements of Johor

January 30, 2018

January 30, 2018

Johor’s economic growth surpassed the recorded rates for Malaysia each year from 2011 to 2016, with an average of 5.9%...

Countering Violent Extremism in Malaysia

October 26, 2018

October 26, 2018

Summary of “The Role of Universities and Schools in Countering and Preventing Violent Extremism: Malaysian Experience.” written by Ahmad El-Muhammady published...

Emerging Consumer Survey 2019

March 26, 2019

March 26, 2019

Credit Suisse Research Institute published the ninth edition of the Emerging Consumer Survey, a study that draws on the annual...

What’s in store for Budget 2020?

September 25, 2019

September 25, 2019

A think tank today predicted cuts in the budget for 2020 when it is tabled in Parliament next month, following...

Ke Arah Kemapanan Pasir Gudang

September 19, 2019

September 19, 2019

Selaku penduduk Pasir Gudang, saya sentiasa terpanggil dan mengikut rapat perkembangan insiden pencemaran berulang di kawasan ini. Isu ini nampaknya...

Let’s Talk About The Race Card

February 11, 2019

February 11, 2019

After admitting defeat, the vanquished M Manogaran accused the Barisan Nasional campaign machinery of playing up racial sentiments to win...

For Malaysia to succeed…

April 23, 2019

April 23, 2019

“For Malaysia to succeed, the Malays must succeed”.  The statement above was quoted by Tun Daim Zainuddin in the seminar...

Statement by Tun Dr Mahathir Bin Mohamad at the 73rd United Nations General Assembly

October 1, 2018

October 1, 2018

Bait Al Amanah salutes Tun Dr Mahathir Bin Mohamad for his excellent and articulate speech at the General Debate of...

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *