Pada 19 Januari 2017, Tokyo, satu delegasi daripada Kerajaan Negeri Johor yang diketuai oleh YB Datuk Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, bersama-sama dengan pegawai-pegawai tinggi kerajaan dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bahagian Kerajaan Tempatan dan Unit perancangan Ekonomi Negeri) dan Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), mengadakan pertemuan bersama Kementerian Alam Sekitar Jepun (MOEJ), Kerajaan Metropolitan Tokyo (TMG), Institut Strategi Alam Sekitar Global (IGES), Institut Kebangsaan Penyelidikan Alam Sekitar (NIES) dan Institut Penyelidikan dan Maklumar Mizuho (MHIR). Delegasi daripada Kerajaan Negeri Johor turut diwakili pegawai dari Dewan Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Majlis Daerah Pontian, serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

WhatsApp Image 2017-02-02 at 10.55.49 PMLawatan kali ini yang dianjurkan bersama oleh IGES, NIES, MHIR dan IRDA, amat penting bagi delegasi Kerajaan Negeri Johor untuk melihat dan memahami bagaimana TMG mempromosikan dan mengaplikasikan BEMRS di kawasan metropolitan yang luas. Selain daripada itu, Lawatan ini juga bertujuan sebagai tapak untuk bertukar-tukar pengetahuan dan kepakaran.  Terdapat banyak perkara yang boleh diambil daripada bandar besar seperti Tokyo, dengan jumlah penduduk lebih daripada 32 juta orang yang terdiri daripada 32 buah bandar.

WhatsApp Image 2017-02-02 at 10.56.10 PMSempena menyambut ulang tahun ke-10 kelahiran Iskandar Malaysia pada November 2016, Negeri Johor bersama Wilayah Pembangunan Iskandar berhasrat untuk menjadi bandar metropolis yang kukuh dan mampan bertaraf antarabangsa pada tahun 2025; dan membangun dengan pesat. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini dan peralihan IM ke arah masyarakat karbon rendah, setiap pembangunan yang dirancang, kawasan kejiranan dan bangunan di dalam rantau ini haruslah mesra alam sekitar dengan impak yang rendah terhadap ekosistem serta cekap tenaga. Oleh itu, BEMRS dilihat sebagai alat untuk mengukur prestasi tenaga bangunan. Ia adalah sebahagian daripada pelaksanaan program berterusan mengenai Rangka Tindakan Masyarakat Rendah Karbon bagi Iskandar Malaysia 2025 melalui projek 5 tahun SATREPS yang dibiayai oleh JICA dan Agensi Sains dan Teknologi Jepun (JST), yang telah disiapkan pada Jun 2016. projek SATREPS  ni juga turut melibatkan penyelidik daripada Kyoto University , Universiti Okayama dan NIES, bersama-sama dengan penyelidik tempatan dari Universiti Teknologi Malaysia dan IRDA.

Projek BEMRS telah diumumkan pada COP21 Paris, Perancis pada Disember 2015, dengan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau dalam sektor pembinaan. BEMRS juga melengkapi kerja-kerja berterusan Iskandar Malaysia, Johor di bawah Sistem Penilaian Komprehensif untuk Kecekapan Alam Sekitar (CASBEE) dengan sokongan padu daripada IBEC dan Anugerah Inisiatif Accord Green (GAIA).

Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri Johor, bersama-sama dengan IRDA dan lima pihak berkuasa tempatan di Iskandar Malaysia, Johor, akan menjalani bengkel latihan intensif yang pertama di Tokyo pada bulan Februari 2016, diikuti dengan bengkel latihan kedua pada bulan Oktober, 2016, di Iskandar Malaysia, dibantu oleh MHIR , IGES, NIES dan TMG.

WhatsApp Image 2017-02-02 at 10.56.05 PMKedua-dua bengkel ini bakal memberi gambaran yang lebih besar bagi program Building Energy Reduction dan kepentingannya dalam GHG Reduction Programme yang diamalkan selama bertahun-tahun oleh TMG. BEMRS menunjukkan bagaimana TMG berjaya membangunkan Carbon Reduction Reporting Programme melalui program kesukarelaan sehingga ia menjadi keperluan wajib. Perkembangan BEMRS membawa kepada inovasi TMG dan program Cap and Trade pada tahun 2010. Kedua-dua bengkel juga akan membincangkan cabaran dalam melaksanakan BEMRS untuk diaplikasikan di dalam Iskandar Malaysia, Johor.

Lawatan ini berjaya membuahkan hasil dan dapatan melalui perjumpaan dan pertukaran pandangan oleh Timbalan Menteri MOEJ dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor. Komitmen pelbagai pihak diperlukan bagi memastikan program BEMRS ini dilaksanakan dalam tempoh masa yang dipersetujui.. Tiga projek perintis (building energy audit) dicadangkan untuk dilaksanakan di Iskandar Malaysia, Johor, pada Suku pertama dalam tahun 2017. Projek perintis ini diharapkan akan dapat membentuk acuan BEMRS untuk dilaksanakan di Iskandar Malaysia. Selain daripada itu, Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan diharapkan dapat mempromosikan pelaksanaan BEMRS di Iskandar Malaysi

WhatsApp Image 2017-02-02 at 10.56.02 PMDi akhir lawatan, YB Datuk Ayub Bin Rahmat ,selaku wakil delegasi daripada Kerajaan Negeri Johor berkesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Shigemoto Kajihara, Timbalan Menteri MOEJ, di atas sokongan dan komitmen yang berterusan kepada Iskandar Malaysia yang bermula sejak 2011 semasa projek Low Carbon Society Blueprint. Memetik ucapan terima kasih,  beliau berkata “Kami amat berbesar hati bahawa Jepun, melalui MOEJ dan Kerajaan Metropolitan Tokyo, terus berkongsi kepakaran dan pengetahuan mereka mengenai LCS dan kecekapan tenaga dengan kerjasama Institut Strategi Alam Sekitar Global, Institut Kajian Alam Sekitar dan Institut Penyelidikan dan Maklumat Mizuho. Kami juga mengakui sokongan dan komitmen yang berterusan dan komitmen oleh Institute for Building Environment and Energy Conservation dan Universiti Keio pada projek CASBEE di Iskandar Malaysia, Johor. Terima kasih Jepun”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here