Seminar Komemoratif 70 Tahun UMNO

0
982

Tarikh: 14 September 2016
Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor
Tema: Islam, Nasionalisme dan Masa Depan UMNO

Seminar ini adalah satu persidangan yang akan membincangkan tentang politik Islam dan UMNO serta masa depan kedua-duanya di Malaysia. Ia mensasarkan untuk menjadi satu platform yang terbuka dan kritikal bagi mengupas segala isu yang berkaitan dengan UMNO serta Politik Islam di Malaysia.

Seminar ini akan disertai bukan sahaja oleh ahli dan pendukung UMNO. Sebaliknya, ia  akan melibatkan pelbagai pihak termasuklah pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Agensi-agensi kerajaan, Mahasiswa, Pemimpin-pemimpin Pelajar serta Badan Profesional.

Seminar ini menjemput tokoh-tokoh dan pakar dalam politik Islam, kenegaraan serta masa depan isu ini dalam konteks globalisasi dan dunia digital dari seluruh Malaysia serta negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here