Perutusan Khas Tahun Baru 2016 Menteri Pertahanan Malaysia

0
1750

Saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. kerana dapat bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan pagi ini. Saya amat teruja dan berbangga kerana ramai anggota dan warga kita berpeluang untuk hadir bersama-sama. Terima kasih.

Kita berikan juga satu tepukan gemuruh kepada para anggota kita di 24 kem di seluruh negara yang sekarang ini turut melihat dan mendengar secara langsung perhimpunan kita pada pagi ini.

hishamSesungguhnya, perhimpunan ini bukanlah kita adakan tanpa tujuan atau sekadar untuk berseronok. Kita adakan Perutusan Tahun Baharu 2016 ini dengan hasrat untuk melakukan muhasabah diri. Melihat kepada kelemahan dan kekuatan kita dalam landskap dunia yang amat mencabar.

Sebab itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2016. Saya berdoa dan berharap agar tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

Segala pengalaman dan pengajaran dari pelbagai gelora pahit manis 2015 sewajarnya menjadikan kita lebih berpandangan jauh, lebih matang, lebih dewasa, lebih berani dan lebih berdedikasi.

Marilah kita menanam azam untuk memberi sebanyak-banyaknya kepada bangsa. Marilah kita melafaz kesetiaan untuk mengabdi masa, khidmat dan keringat yang tidak berbelah bahagi untuk tanahair.

Kerana, percayalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, tiada pengorbanan dan pemberian yang lebih mulia dan utama selain amal dan bakti untuk agama, bangsa dan ibu pertiwi sendiri.


Download full text here: PerutusanKhasTahunBaruH2O.pdf (2.9mb)

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here