Majlis Amanat Tahun Baru 2016 MB Johor

0
843

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2016. Semoga 2016 ini menjadi tahun paling baik untuk Johor dan seluruh masyarakatnya, insya-Allah.

Pada Mei tahun ini, genap tiga tahun saya menggalas amanah menerajui pentadbiran Negeri Johor. Banyak sekali perkara yang telah saya pelajari sepanjang tempoh tersebut. Alhamdullilah, segala-galanya sangat mematang dan mendewasakan.

Pencapaian kita sebagai sebuah negeri dan sebuah masyarakat semakin positif dan baik. Johor berada di landasan yang kukuh untuk menjadi sebuah negeri dan masyarakat yang jauh lebih sejahtera.

Defisit kita telah diuruskan dengan berkesan. Pendapatan Kerajaan bertambah dengan signifikan. Ratusan ribu pekerjaan baharu telah tercipta. Perbelanjaan dilakukan dengan berhemah, terurus dan berorientasikan pencapaian. Dan simpanan kita menokok dengan konsisten. Dan insya-Allah dalam sedikit waktu lagi, Johor akan menjadi kuasa ekonomi utama di Malaysia.

Namun apa jua pencapaian kita selama ini, banyak atau sedikit, biarlah rakyat yang menilainya. Biarlah sejarah merakamnya.

Sebaliknya, yang harus kita selalu ingat dan insaf, betapa usaha membangunkan Johor dan bangsanya ini, adalah sebahagian daripada sebuah perjuangan yang panjang dan besar.

Perjuangan yang tidak mengizinkan kita untuk leka dan tersasar. Perjuangan yang harus kekal menjadi agenda, tugas dan tanggungjawab utama kita.

Malah, perjuangan yang mesti dirancakkan dan diberikan nafas baharu. Agar tertanam dalam benak kita semua, bahawa tiada satu hari pun, harus dibiar berlalu tanpa kegigihan memikirkan jalan terbaik untuk menjadikan Johor dan masyarakatnya maju dan sejahtera.

Lalu pada kesempatan yang penting ini, saya ada tiga agenda utama untuk diungkapkan.


Muat turun teks penuh: AmanatTahunBaru2016.pdf (2.4mb)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here