Persidangan Tamadun Melayu Johor

0
880

Tekun dan gigih mengejar agregat dan angka-angka yang kita pamerkan untuk menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi kita sihat, mapan dan lestari. Dan pastinya kita akan terus ghairah untuk memastikan semua angka-angka ini terus meningkat dan bertambah baik.

Perkara ini mengingatkan saya kepada puisi Surat Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar, karya Arwahyarham Usman Awang. Betapa kejayaan sesuatu pembangunan selalu kita ukur dengan petunjuk yang terlihat secara zahir dan fizikal.

Petunjuk seperti membangunnya Kota Iskandar, Johor Bahru, jaringan lebuh raya; terdirinya kilang-kilang yang besar dan pejabat-pejabat komersial serta pelbagai lagi mercu-mercu konkrit yang terpasak di seluruh pelusuk negeri ini.

Bila semua ini diserlahkan, bila semua ini bercambah dan kelihatan, maka kita akan segera dikatakan membangun, moden dan berjaya. Kita digelar maju. Johor dilihat progresif. Rakyat nampak matang dan terkehadapan.

Namun pentadbiran saya mengambil pendirian berlainan. Pendirian yang mencabar pemahaman konvensional. Pendirian bahawa pembangunan Johor mesti disandarkan kepada kesejahteraan, keseimbangan, berbudaya, bermoral dan lestari.

Ia mestilah pembangunan yang didasari dengan falsafah dan citra keterangkuman. Bahawa setiap entiti membawa erti. Bahawa setiap bahagian memainkan peranan.


 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here