Majlis Hari Terbuka Misi Kesinambungan Bisnes Johor Corporation: Inovasi dan Tanggungjawab Korporat

0
624

Sejarah telah membuktikan bahawa inovasi dan kreativiti adalah pemangkin kepada kejayaan sebuah bangsa dan tamadun.

Keunggulan tamadun dunia, baik dalam dunia Islam mahupun barat, dibajai dengan budaya inovasi yang diangkat subur oleh pemerintah dan disambut pula oleh masyarakat.

Masyarakat yang cerdas dan berinovasi tinggi merupakan katalis penting kepada pembinaan empayar ketamadunan gemilang.

Empayar Islam seperti kerajaan Abbasiyah di Iraq, Umaiyyah di Sepanyol, Fatimiah di Mesir, Uthmaniah di Turki dan Mughal di India menyaksikan kepada kita betapa budaya inovasi ini telah mendarahdaging masyarakat ketika itu.

Penubuhan hospital dan dispensari pada ketika itu dan penciptaan peralatan perubatan yang canggih adalah bukti jelas betapa inovasi dan kreativiti memberi manfaat kepada masyarakat.

Kecemerlangan inovasi Andalusia contohnya dalam bidang pertanian dan teknologi industri pula telah menyediakan bantuan yang bukan sedikit kepada kita mengenai nikmat bioteknologi dalam usaha memajukan bidang pertanian.

Meskipun keperluan berinovasi tidaklah disebutkan secara langsung di dalam Al -Quran mahupun sunnah, ianya boleh dilihat daripada sifat Allah SWT iaitu Maha Pencipta. Firman Allah dalam Surah Yassin ayat yang ke 81 yang bermaksud:

“dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandingan-Nya, lagi yang Maha Mengetahui.”


Muat turun teks ucapan penuh: HariInovasiJCorp2015.pdf

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here