Solidariti bersama Masyarakat Islam Xinjiang

0
35

Pada 25 hingga 28 Feb 2019, Dr Abdul Razak Ahmad, selaku Pengarah Pengasas Bait Al-Amanah telah dijemput untuk menghadiri “Thematic Briefing on China’s Ethnic Minority and the Promotion of Unity and Solidarity Among Ethnic Groups in Xinjiang” anjuran Biro Antarabangsa, Parti Komunis China.

Hampir 200 perwakilan dari pelbagai parti politik dari seluruh dunia dijemput.

Para jemputan telah diberikan penerangan, dibawa melawat dan bertemu serta mendengar pelbagai penjelasan termasuk pertemuan dua hala dengan ‘Vice Minister for International Cooperation‘ dan pegawai tinggi dari Biro Antarabangsa CPC.

Perjumpaan dengan Vice Premier External Affairs Parti Komunis China.

Dr Abdul Razak Ahmad bersama dengan wakil negara Malaysia telah menyatakan dengan jelas dalam pertemuan dengan perwakilan dari China kebimbangan dan kegusaran terhadap dasar memerangi ektremisme China di Xinjiang.

Amat penting sekali dasar memerangi ektremisme ini tidak boleh dilaksanakan dengan menafikan hak asasi dalam mengamalkan agama, cara hidup dan budaya.

Malah wakil negara Malaysia juga menyatakan juga betapa program lawatan yang dianjurkan tanpa dibawa melihat keadaan ‘kem tahanan’ sebenar telah meyakinkan pihak negara Malaysia bahawa ada sesuatu yang ingin disembunyikan.

Justeru, Bait Al-Amanah berpandangan bahawa apa yang cuba dilaksanakan oleh Kerajaan China ialah usaha sistematik untuk menghapuskan identiti, kepercayaan dan cara hidup masyarakat minoriti di Xinjiang. Dan ia dilaksanakan atas nama memerangi keganasan dan memupuk solidariti dan perpaduan.

Bait Al-Amanah menyampaikan rasa prihatin, kesal dan protes yang sangat mendalam dalam diri umat Islam Malaysia dan dunia terhadap apa yang sedang berlaku di Xinjiang.

Dr Abdul Razak bersama delegasi Cina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here