Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Q1, 2019

Rumusan ditulis oleh Benedict Weerasena

0
347

Kredit Gambar: Reddit

Jabatan Perangkaan Malaysia telah melaporkan Prestasi Ekonomi Malaysia suku tahun pertama 2019 pada 16 Mei 2019. Secara keseluruhannya, Ekonomi Malaysia (KDNK) merekodkan pertumbuhan 4.5%, menurun sedikit daripada 4.7% untuk Q4 tahun 2018. Dengan itu, Indeks Pelopor menjangkakan ekonomi akan bertumbuh pada kadar yang lebih perlahan untuk Q219. 

Lantaran, Bank Negara Malaysia menjangka Ekonomi Malaysia akan berkembang antara 4.3-4.8% untuk tahun 2019. 

Beberapa penemuan menarik yang lain untuk suku tahun pertama 2019 termasuk: 

  1. Sektor Pertanian kembali merekodkan pertumbuhan positif (5.6% Q1 19) setelah mencapai kemerosotan untuk tiga suku tahun berturut-turut (-0.1% Q418; -0.8% Q318; -1.7% Q218). Hal ini didorong oleh Kelapa sawit yang melonjak kepada 9.8 % daripada -2.7% berikutan hasil buah tandan segar yang lebih tinggi pada suku tahun ini.
  2. Pertumbuhan eksport menurun dari 3.1% (Q4 18) kepada 0.1% (Q1 19), seiring dengan pertumbuhan import yang menurun dari 1.8% (Q4 18) kepada -1.4% (Q1 19).
  3. Perbelanjaan penggunaan akhir swasta yang terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi menyumbang 58.2% kepada jumlah KDNK; dan didorong oleh penggunaan yang lebih tinggi pada Makanan & minuman bukan alkohol, Pengangkutan dan Restoran & hotel
  4. Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak RM16.4 bilion (Q119) yang merupakan lebihan terbesar sejak Q114 iaitu RM19.8 bilion. Hal ini didorong oleh import barangan perantaraan dan modal yang lebih rendah serta defisit yang lebih rendah dalam akaun pendapatan primer dan perkhidmatan.
  5. Pelaburan Langsung Asing (FDI) melonjak kepada RM21.7 bilion dan merupakan yang tertinggi dalam siri suku tahun berbanding RM12.9 bilion pada suku tahun sebelumnya.

Laporan penuh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dilampirkan di bawah:

Laporan penuh versi Bahasa Inggeris oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dilampirkan di bawah:

Sumber Laporan: Jabatan Perangkaan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here