Statut Rom dan Kedaulatan Negara

Slaid Powerpoint dan Butiran Informasi Oleh Azril Mohd Amin (Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan & Advokasi Hak Asasi Manusia); Ringkasan oleh Benedict Weerasena

0
160

*Kredit Gambar: World Atlas

Sejak kebelakangan ini, isu Malaysia menandatangani Statut Rom atau ‘Rome Statute’ kerap dibincangkan dan dibahaskan oleh pakar undang-undang. Hal ini menjadi isu utama terutamanya selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ) menyatakan bahawa institusi raja akan tergugat apabila mana-mana Yang di-Pertuan Agong (YDPA) boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa. Namun, kenyataan baginda dah dinafikan oleh Wisma Putra dan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malaysia Baru sekali lagi berdepan dengan isu kontroversi selepas rakyat digemparkan dengan isu mengenai kerajaan ratifikasi ICERD. Hal ini penting untuk dibincangkan secara matang kerana boleh menjadi kontroversi yang merisaukan dan sensitif terutamanya apabila ia dikaitkan dengan institusi raja dan hak istimewa orang Melayu.

Pertama, Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa adalah satu triti rasmi antara negara-negara untuk menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court atau ICC). Statut Rom menghuraikan fungsi, bidang kuasa dan struktur ICC. Perjanjian ini diperkenalkan pada tahun 1998 dan dah telah dikuatkuasakan pada Julai 2002. Sehingga Mac 2019, terdapat 124 negara berdaulat yang sudah menjadi negara pihak (state party) perjanjian antarabangsa ini, seperti yang ditunjukkan dalam peta dunia di bawah.

Negara Malaysia antara negara yang belum menandatangani Statut Rom
Kredit Gambar: Malay Mail

Kembali kepada isu yang diketengahkan bahawa Statut Rom mungkin mengancam YDPA dan kedaulatan negara; Azril Mohd Amin, seorang Peguambela dan Peguamcara serta Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan & Advokasi Hak Asasi Manusia telah membentangkan beberapa hujah penting dalam slaid Powerpoint yang dilampirkan di bawah.

Antara hujah penting yang diketengahkan ialah:

  • YDPA tidak boleh didakwa di bawah ICC kerana kuasa mengarahkan angkatan tentera adalah kuasa eksekutif yang meskipun terletak dalam bidang kuasa YDPA, mestilah mengikut arahan Kabinet, menurut Perkara 39 dan 40(1) dan40(1A) Perlembagaan Persekutuan.
  • Bukti Sejarah juga menyokong hujah berikut. Contohnya, Maharaja Jepun iaitu Hirohito yang menjadi maharaja pada ketika Perang Dunia II sendiri tidak didakwa tetapi anggota Kabinet Jepun semasa peperangan yang didakwa dan disabitkan kesalahan dalam Tribunal Tokyo.
  • Kedaulatan Negara juga tidak tergugat kerana Perkara 1 dan 17(1) Statut Rom sendiri menyatakan bahawa ICC hanya melengkapi dan tidak menggantikan atau mengatasi sistem kehakiman dan undang-undang jenayah dalam suatu negara.
  • Maka, Malaysia sepatutnya menandatangani Statut Rom selari dengan peranan negara sebagai masyarakat antarabangsa bertanggungjawab yang sering menyuarakan kebimbangan mengenai isu hak asasi manusia di semua forum antarabangsa merangkumi hak orang-orang tertindas seperti rakyat Palestin dan hak masyarakat Rohingya yang diusir dari Burma.

*Bait Al-Amanah ingin berterima kasih kepada Saudara Azril Mohd Amin, Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan & Advokasi Hak Asasi Manusia yang telah berkongsi slaid pembemtangan Statut Rom dengan pihak Bait Al-Amanah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here