Pembiayaan Politik di Malaysia: Memperkukuh Integriti

Rumusan ditulis oleh Abdullah Afiq

0
39448

*Kredit Gambar : Business Standard

Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) telah dilancarkan pada 14 Ogos 2015 untuk menyediakan satu forum perundingan bagi masyarakat sivil membincangkan langkah-langkah meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti parti politik serta ahli-ahlinya. 

Tujuan jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

  1. Mengenal pasti, membincangkan dan menangani isu-isu berkenaan pembiayaan politik oleh ahli dan parti politik
  2. Menilai dan melihat mekanisme terbaik untuk membendung penyalahgunaan dan mencegah rasuah dalam pembiayaan politik dari negara-negara lain
  3. Memeriksa dan menilai sokongan institusi yang sesuai atau rangka kerja bagi menyelia dan memantau pembiayaan politik kepada parti dan ahli politik
  4. Menggubal perundangan yang perlu dan kawal selia yang sesuai bagi memudahkan pengawasan, ketelusan dan akauntabiliti
  5. Memberi khidmat nasihat kepada kumpulan berkepentingan dan pihak berkepentingan yang lain mengenai perkara ini
  6. Membuat syor kepada Jemaaah Menteri mengenai undang-undang yang diperlukan, peraturan dan sokongan institusi bagi mentadbir dan memantau pematuhan

Oleh yang demikian, jawatankuasa ini telah mengemukakan beberapa cadangan yang seperti berikut:

Cadangan 1: Pelaksanaan ini hendaklah bersifat memandang ke hadapan dan tidak berhasrat untuk membangkitkan tingkah laku masa lalu.

Cadangan 2: Pelaksanaan perlu secara berperingkat-peringkat tetapi dengan cepat.

Cadangan 3: Prinsip-prinsip panduan yang digariskan di Bab 6 mesti memandu proses merangka undang-undang, peraturan-peraturan dan langkah-langkah yang terperinci bagi pembaharuan pembiayaan politik di Malaysia.

Cadangan 4: Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik, satu undang-undang yang baharu perlu diperkenalkan dan ia mesti merangkumi peruntukan-peruntukan yang berkesan bagi memenuhi kesemua cadangan yang dikemukakan dalam laporan ini.

Cadangan 5: Prinsip-prinsip utama yang digariskan dalam Bab 6 hendaklah dimasukkan sebagai mukadimah dalam Akta yang disyorkan.

Cadangan 6: Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik harus mengenakan tahap penelitian, ketelusan dan akauntabiliti yang sama ke atas pendapatan dan perbelanjaan parti -parti politik di peringkat nasional, negeri, bahagian, cawangan dan juga bagi semua tujuan sumbangan.

Cadangan 7: Pejabat Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik hendaklah diwujudkan.Cadangan 8: Pengawal perlu diselia oleh satu Lembaga yang terdiri daripada tokoh-tokoh

yang berwibawa dan dipercayai tanpa keanggotaan ahli-ahli politik yang aktif.

Cadangan 9: Satu Jawatankuasa Tetap Parlimen Mengenai Pembiayaan Politik perlu diwujudkan.

Cadangan 10: Kaedah-kaedah yang ditetapkan dalam Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik meliputi akaun bank yang dipegang oleh parti-parti politik dan ahli-ahli politik di Malaysia dan di luar negara.

Cadangan 11: Derma ditakrifkan merangkumi sumbangan secara langsung, tidak langsung dan berupa barangan.

Cadangan 12: Sumbangan boleh dibuat kepada parti-parti politik yang sah atau kepada ahli- ahli politik secara individu.

Cadangan 13: Derma tunai daripada sumber-sumber asing kepada sesebuah parti politik atau ahli politik harus dilarang.

Cadangan 14: Derma kepada ahli-ahli politik individu harus dikawal selia dengan teliti.

Cadangan 15: Derma kepada parti-parti politik harus dikawal selia dengan teliti.

Cadangan 16: Derma kepada parti-parti politik perlu diberi pelepasan cukai.

Cadangan 17: Sokongan “pihak ketiga” dianggap sebagai satu bentuk pendapatan oleh penerima.

Cadangan 18: Dana daripada sumber-sumber tidak diketahui harus dirampas.

Cadangan 19: Peraturan-peraturan ke atas derma meliputi kesemua derma yang diterima

secara langsung, tidak langsung dan berupa barangan tidak kira tujuan derma dibuat.

Cadangan 20: Tidak harus ada had ke atas amaun yang boleh disumbangkan kepada sesebuah parti atau ahli politik.

Cadangan 21: Kesemua perbelanjaan harus direkodkan dan akaun perlu diaudit dan dilapor kepada Pengawal.

Cadangan 22: Sokongan “pihak ketiga” yang (a) nilainya melebihi RM3,000 atau (b) secara kumulatif melebihi RM3,000 setahun daripada sumber yang sama atau (c) secara kumulatif melebihi RM3,000 daripada sumber yang pelbagai bagi aktiviti yang sama, harus dibuat pengisytiharan.

Cadangan 23: Had perbelanjaan ke atas parti atau calon hendaklah digugurkan.

Cadangan 24: Semua derma kepada sesebuah parti atau ahli politik yang (a) melebihi RM3,000 atau (b) secara kumulatif melebihi RM3,000 setahun daripada sumber yang sama atau (c) secara tidak langsung atau berupa barangan nilainya melebihi RM3,000 harus dibuat pengisytiharan kepada Pengawal dengan butir-butir penderma dalam tempoh 30 hari dari tarikh menerima sokongan.

Cadangan 25: Hanya lapisan organisasi parti politik atau individu yang didapati bersalah tertakluk kepada hukuman.

Cadangan 26: Pelaksanaan peraturan berkaitan pengisytiharan harus dilakukan secara berperingkat dengan matlamat akhir agar peraturan tersebut dilaksanakan sepenuhnya pada PRU15. Ini adalah mengambil kira fakta bahawa sesetengah penderma khuatir terhadap kemungkinan tindakan balas akibat daripada derma politik yang diberikan dan juga impak negatif ke atas sumbangan sah yang diterima oleh parti-parti dan ahli-ahli politik sekiranya pengisytiharan tersebut dilakukan tanpa penyediaan yang lengkap. Pengisytiharan penuh akan menjadi wajib menjelang PRU15. Bagi PRU14, adalah memadai untuk pengisytiharan dibuat kepada Pengawal.

Cadangan 27: Pembiayaan negara perlu disediakan untuk menyokong operasi pejabat Ahli- ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri secara efektif.

Cadangan 28: Kesemua jenis perniagaan milik kerajaan (SOE), sama ada di peringkat persekutuan, negeri atau tempatan (jika ada) dan subsidiari masing -masing, dilarang daripada membuat sumbangan secara langsung, tidak langsung ata u berupa barangan kepada ahli atau parti politik.

Cadangan 29: Syarikat-syarikat yang menerima kontrak kerajaan atau konsesi dilarang daripada membuat sumbangan politik secara langsung, tidak langsung atau berupa barangan.

Cadangan 30: Langkah-langkah perlu diambil untuk mengenakan tindakan terhadap jenayah mendiskriminasi atau menganiaya pihak penderma, dan mekanisme perlu diwujudkan bagi membolehkan penderma yang merasakan mereka dilayan secara tidak adil mendapatkan keadilan.

Cadangan 31: Proses memberi kontrak kerajaan perlu dirombak bagi mengelakkan kemungkinan pilih kasih politik.

Cadangan 32: Perlu ada komitmen mendalam yang jelas untuk memupuk integriti dalam sistem politik.

Laporan penuh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik dilampirkan di bawah:

Sumber Laporan: Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here