Sokong Pendirian Kerajaan Pusat Terhadap Korea Utara – Khaled

0
513

JOHOR BAHRU, 7 Mac – Kerajaan Negeri Johor menyokong pendirian dan tindakan yang diambil Kerajaan Pusat berhubung Korea Utara.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan Negeri berdiri teguh dan memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Pusat.

“Kami turut mendoakan agar rakyat Malaysia yang disekat daripada meninggalkan negara itu berada dalam keadaan selamat.

“Kami juga berharap Kerajaan Pusat akan mengambil apa jua tindakan yang perlu bagi memastikan keselamatan rakyat kita di sana,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Tebrau, dekat sini hari ini.

 

Sumber: Jauhar – Portal Rasmi Berita Jauhar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here